Artis / Selebriti
” Nampak berseri-seri bakal pengantin ni, cantik lah baju Watie.. ” – Netizen

Penampilan Shuib Sepahtu Bersama Tunangnya, Watie Hanifiah Ketika Di Majlis Resepsi MK K-Clique Raih Perhatian Warganet. Alahai Sweetnya Pakai Baju Sedondon, Nampak Makin Berseri-Seri Bakal Pengantin Ni !!
Hanya dengan sekali lafaz, penyanyi rap popular, MK dari kumpulan K-Clique telah sah bergelar suami kepada buah hatinya iaitu Siti Hajaar Syeikh Nordin, pada pagi Jumaat yang lalu. Majlis pernikahan pasangan ini telah diadakan di Masjid Jamiul Huda, Ampang, Selangor.
Malah semalam, pasangan ini juga telah diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang diadakan di sebuah hotel. Menerusi akaun Instagram pelawak terkenal, Shuib Sepahtu turut berkongsi beberapa gambar ketika hadir ke majlis resepsi MK.
Kelihatan Shuib tidak keseorangan dan Shuib hadir bersama tunangnya, Watie Hanifiah dan mereka mengenakan baju berwarna sedondon. Di ruangan kapsyen, Shuib telah memberikan kata ucapan tahniah buat MK serta pasangan.
Perkongsian oleh Shuib itu telah menarik perhatian warganet. Ada peminat mengatakan wajah Shuib dan Watie kelihatan berseri-seri saat menanti detik bergelar suami isteri pada minggu hadapan. Sehingga kini, gambar Shuib dan Watie telah menerima ratusan ribu tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Ikuti perkongsian di bawah ini :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya.. )
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian oleh Shuib ini dan mendoakan agar urusan Shuib dan Watie untuk mendirikan rumahtangga dipermudah. Antara komen-komen warganet adalah :
” Nampak berseri-seri bakal pengantin ni, cantik lah baju Watie.. Semoga segala urusan pasangan ini akan dipermudahkan.. “
” Maneh sangat ni, kita doakan yang baik-baik buat Watie dan Shuib.. Nampak cantik sangat Watie.. “
” Tahniah juga buat Shuib dan Watie, mggu depan dah bergelar suami isteri, moga kalian pun akan bahagia bersama.. “
” Lawanya warna baju Shuib n Watie ni, nampak berseri dan timbul warnanya.. Segak dan cantik lah bakal raja sehari ni.. “
” Lawanya baju Watie, nampk Watie makin berseri2 semakin dekat hari bahagia.. Muka Ib pun bersinar-sinar.. “
” Seri bakal pengantin eh Watie.. Alahai sweet je tgk pasangan ini.. Semoga terus bahagia hingga ke syurga.. “
” Tahniah MK dan pasangan.. Tahniah juga buat Shuib dan Watie utk minggu depan.. Tahun ni ramai selebriti kahwin.. “
Alahai nampak semakin berseri-seri Shuib dan Watie, cantik warna baju pilihan pasangan ni. Apa-apa pun kita mendoakan yang baik-baik buat Shuib serta Watie, semoga segala urusan mereka untuk mendirikan rumahtangga akan dipermudah. InshaAllah..
Silakan SHARE..
Sumber : IG shuibsepahtu, iamwatie
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin