Connect with us

Artis / Selebriti

” Nak rasa kemain susah, dah rasa baru tau sedap, cute lah.. ” – Netizen

Video Gelagat Anak Hetty Sarlene, Landon Alexander Oakes Yang Mencuba Untuk Makan ‘Croissant’ Buat Ramai Terhibur. Awal-Awal Tak Nak Yer, Dah Rasa Sedap, Terus Nak Lagi, Haha !!

Pasti ramai yang mengenali penyanyi dan pelakon kelahiran negara Singapura iaitu Hetty Sarlene ini. Terdahulu, namanya menjadi sebutan setelah membintangi drama adaptasi filem Semb1lu. Kini Hetty bahagia dengan kehidupan bersama suami dan seorang anak lelaki di Singapura.

Meninjau di akaun Instagram, Hetty ada berkongsi satu video terbaru mengenai gelagat anaknya, Landon Alexander Oakes. Menerusi video itu, kelihatan Hetty dan Landon sedang berada di sebuah restoran sedang menikmati minuman petang bersama.

Perkongsian video pada kali ini telah menarik perhatian ramai peminat. Manakan tidak, Landon pada awalnya tidak mahu makan croissant yang diberikan oleh Hetty. Namun akhirnya kelihatan Landon mencuba untuk makan croissant tersebut.

Setelah dirasanya, beberapa kali Landon seakan meminta lagi untuk makan croissant yang ada pada tangan Hetty itu. Hingga kini video yang dikongsikan oleh Hetty telah mendapat lebih 2,700 tanda suka sejak ia dimuatnaik ke Instagram.

Tonton video gelagat Landon di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya terhibur menonton gelagat Landon dalam video tersebut dan turut memuji kecomelan Landon. Antara komen-komen menarik adalah :

” Nak rasa kemain susah, dah rasa baru tau sedap, cute betul anak Hetty ni, ger4m pula tengok lama-lama, hehe.. “

” Ala ala ala pandai la dia mamam eh. Comel sangat, memang anak daddy Landon ni, copy 100 peratus betul lah, hahahaa.. “

” Mummy upah makan ke tu sayang, sebab teman mummy shopping. Kejap je anak Hetty ni besar, comel pula tu. Bertuah Hetty tau.. “

” So sweet la Landon, cute boy and clever. Anak ayah sungguh ni ,tak ada langsung muka melayu mummy, haha bertabah lah mummy yer.. “

” Tak sia2 tunggu lama Landon cakap, dapat juga mamam. Ahhhh Landon ni cute lah, Hetty pun makin g0jes sejak dah jadi mummy ni.. “

” Landon is looking so much like his handsome daddy. Semoga Hetty terus bahagia bersama keluarga tersayang, tumpang happy tengok Hetty sekarang.. “

” Comel lah tengok gelagat dia, ingatkan tak nak, last2 makan juga, haha paling tak tahan nak lagi, mesti sedap sangat tu.. “

Memang comel lah anak Hetty ni, lagi-lagi bila tengok Landon tersenyum, manis betul. Apa-apa pun, kami dari Berita Kopak berharap semoga Landon terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh buat kedua orang tuanya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hetty Sarlene

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT