Artis / Selebriti
” Nak menjual ke nak marah ni Bamtah. Ajak membeli macam ajak gaduh, kelakar.. ” – Komen Netizen
Gara-Gara Terima Komen Supaya Lebih Hyper Ketika Menjual Produk, Gelagat Fattah Amin Buat Ramai Terhibur. Adoi Fattah, Tiba-Tiba Jadi Hyper, Sampai Terkejut Una Kat Sebelah. Ingatkan Pemalu, Tak Sangka Fattah Boleh Hyper Macam Ni, Haha !!
Langkah pertama yang diambil oleh Fattah Amin untuk berkolaborasi bersama Pak Mat Western memberikan hasil yang baik. Fattah ditemani 2 orang wakil Pak Mat Western bersiaran secara live di Tiktok Pak Mat Western. Sesi Live tersebut meraih lebih 100 ribu viewers dan semuanya gara-gara fenomena Fattah Amin.
Meninjau entry di akaun Tiktok Myza Salmiza, telah dikongsikan salah satu gelagat Fattah ketika live semalam. Fattah membaca salah satu komen meminta supaya Fattah lebih hyper ketika menjual. Fattah secara tiba-tiba mengubah karakternya yang pemalu itu menjadi lebih lincah.
Fattah meninggikan tone suaranya bercakap dan ianya memberi impak yang berbeza. Kata Fattah, itu lah gaya orang yang agresif. Una sendiri pun terkejut seketika melihat Fattah bertukar perwatakan. Kata Una, itu bukanlah hyper tetapi lebih kepada gaya hendak marah.

Di sebalik Fattah yang pemalu tetapi dia berusaha untuk menjadikan sesi live itu menarik. Pelbagai ragam Fattah dapat dilihat menerusi sesi live semalam. Fattah juga ada menyanyikan lagu yang membuatkan Una dan Icha tergelak. Boleh pula lirik lagunya ditukar kepada ‘Sambutlah cintaku duhai kambing ‘.
Jom tonton video di bawah :
@myza.salmiza Fattuna is Come Back 🌹🌹#fattuna #unaako #fattahamin #unapakmatwestern #unaje #awakni #fyp
@mrazwan125 Penangan fattah merajuk..5minit sold 600pcs 😂😂😂 #fyp #pakmatwestern #fattahamin #una #ica #izz #live #trendingtiktok
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 400 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Seronok tengok fattah sekarang.. semoga dilimpahkan rezeki ye.. geng tok red ni.. dari diam jadi hyper hehe.. “
” Rajin-rajin la tengok live Pak Mat Western… macamni la cara dorang… happy-happy menjual… terjerit-jerit tu biase.. “
” Comelnya.. una ni bagus, pandai main peranan Dan kawal situasi.. budak2 ni dh biase live lama2.. fattah nmpk penat live lama-lama.. baru nk biasa kan diri.. “
” Function teruk unaa ni.. betol live lama mmg penat… lagi berdiri… team pak mat mmg jiwa kental semua .. Fattah terus success ok.. aamiin.. “
” Semoga dimurahkan rezeki sesiapa sj yg bg gift smlm, termasukla Salina saibi dh la cantik pemurah plk tu.. aaminnn.. “
” Tengok live smlm . Happy sgt tengok live fatah semalam . moga rezeki fatah selalu insyaallah amin-amin.. “
” Nak menjual ke nak marah ni bamtah hahaha.. lawak betul, macam tengok pendekar awang promote lak. gaya ajak membeli tu ish cam ajak gaduh, kelakar.. “
Mana tak terkejut Una apabila Fattah secara tiba-tiba bertukar karakter. Itu lah viewers request sangat supaya Fattah hyper. Apa-apa pun, tahniah Fattah Amin dan team Pak Mat Western atas jualan yang telah berjaya dikutip semalam. Fattah Amin ‘mendonia’, murah rezeki Fattah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Myza Salmiza, Tiktok Azwan, Tiktok Pak Mat Western
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Melopong CP Sarimah tengok Hadie nyanyi lagu Jamilah. Auto in character jadi sopan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Belum makeup pun dah macam Tokti. Sekali makeup, fuh cantik betul. Tokti versi kurus sikit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti18 hours ago” Kenapa nak malu sangat. Tapi dalam sini ramai orang, asal you tak malu. Yang ni kan anak you.. ” – Eidress
-
Artis / Selebriti3 days ago” Rezeki apabila menjaga hubungn baik sesama adik beradik dan restu ibu. Alhamdulilah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cari nahas sungguh Cikgu Geografi ni. Kak Lina merajuk rumah jiran mana pula kali ni, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Ala comelnya ‘I was sick’. Speaking London Ayash, bijaknya dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka tahan tapi suara tak boleh tahan. Sumpah lawak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Hampir gugur jantung weh, betul prank seram ni. Zizan bagus caring weh.. ” – Komen Netizen


