Artis / Selebriti
” Terkejut Sarah ingatkan Bella kena apa-apa, cemas betul time angkat phone tu.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah Membuat Prank Call Kepada Puteri Sarah Liyana Raih Perhatian Ramai. Risau Sungguh Sarah Bila Dengar Bella Menangis Teresak-Esak Macam Tu, Nak Gugur Jantung Katanya. Tak Sangka Caring Betul Sarah Dengan Bella !!
Meninjau ke akaun Instagram Era.je, perkongsian sebuah video yang memaparkan Bella Astillah berada di konti radio Era telah meraih perhatian ramai. Bella menyahut cabaran untuk segmen teka warna baju dan memlih untuk meneka warna baju yang dipakai oleh Puteri Sarah Liyana pada ketika itu.
Untuk mengetahui warna baju yang dipakai oleh Sarah, Bella perlu bertanya sendiri kepada Sarah. Bella telah membuat panggilan telefon dan dalam masa yang sama membuat satu prank call kepada Sarah. Wah, masa ini Bella boleh menguji persahabatan mereka.
Bella membuat panggilan sambil menangis teresak-esak dan hal ini membuat Sarah berasa sedikit cemas. Walaupun pada ketika itu Sarah sedang sibuk membuat sesi live, tetapi Sarah tetap mengangkat panggilan Bella. Hebat juga lakonan Bella.

Apa yang membuatkan ramai terhibur apabila Sarah tetap menjawab soalan Bella mengenai warna baju yang dipakai olehnya ketika itu walaupun dalam keadaan risau. Perkongsian video ini telah menerima lebih ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini.
Jom tonton video di bawah :
@era.je Caringnyaaa Puteri Sarah ni bila dengan Bella 😭 Teka warna baju kalini @bellaastillah call @puterisarahliyana 😂 Tapi semua salah!! #ERARadioNo1PalingLegit
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” Ok bestie berjaya berlakon menangis.. bestnya ada bestie macam sarah.. Boleh berlakon menangis.. sarah dlm x taw ape2 dia ckp jugak baju colour ape.. “
” Aku nk gelak time dia tanya baju color apa tu sarah boleh plak tu jwp wlaupun blur..coz cite dia sedih gan tnya color baju tu ,twist btol pelik membe.. “
” Semoga Persahabatan Korang Hingga Ke Syurga…Ameen.. Bella awk mmg btl3 layak belakon..menjadi sgt..tp kalau nyyi hmm no komen.. ok jujur bye.. “
” Aku pun tahan ketawa knun. Nanti si P.Sarah dengar hahahah.. Pndainya bella ngis.. Ini yg kita mau .. Baiknya hati puteri sarah dgr suara nya tahu ambil berat kwnnya.. “
” Patutlah bella kuat dia dh berkawan dgn PSL… Loveeee .. Bagus nya puteri sarah ni,eventhough soalan tu most people akan failed kalau ditanya dia boleh jawab jugak without questioning whyyyy.. “
” Terkejut Sarah ingat bella kena apa2.. rime ni kita tgh tgk sarah live..muka dia cemas berul time angkat fon tu tauu.. “
” Pengacara era pun still explain tekaan warna baju lgi..xpeduli pun psl nun dsna dh nk gugur jantung.. baiklah puteri sarah tgh live pun agkt tel tgk bestfriend dia tel.. “
Ternyata persahabatan antara Bella dan Sarah begitu ikhlas. Dapat dirasakan yang Sarah seorang sahabat yang mengambil berat dan baik. Semoga persahabatan antara Bella dan Sarah kekal baik sehingga ke akhir hayat hendaknya. Amin..

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Era.je
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen

