Connect with us

Artis / Selebriti

” My best birthday ever. Alhamdulilah.. ” – Elly Mazlein

Elly Mazlein Kongsi Video Kej0tan Yang Diterima Daripada Team Rancangan Lagu Cinta Kita Musim Kedua Sempena Ulang Tahun Kelahirannya. Tanpa Solekan Pun, Elly Tetap Cantik !!

Umum mengetahui bahawa Elly Mazlein atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Lina Pom Pom adalah hos tetap program Lagu Cinta Kita bersama dengan Azwan Ali. Program Lagu Cinta Kita musim kedua itu merupakan sebuah rancangan realiti televisyen Malaysia yang diterbitkan oleh TV3.

Hasil tinjauan di akaun Instagram milik Elly, telah dikongsikan sebuah video dimana Elly telah menerima kej0tan hari ulang tahun kelahirannya semasa melakukan rehearsal untuk rancangan tersebut. Kej0tan itu telah dilakukan oleh team rancangan tersebut.

Dapat dilihat daripada video tersebut, Elly berasa terkej0t dengan kej0tan yang dirancang oleh team rancangan tersebut apabila mereka beramai-ramai menyanyikan lagu happy birthday kepada Elly sambil salah seorang daripada kru rancangan tersebut membawakan kek kepada Elly.

Diruangan kapsyennya, Elly melahirkan perasaan terharu dan berterima kasih kepada team rancangan tersebut yang membuat kej0tan sempena hari ulang tahun kelahirannya itu. Selain itu, Elly mengatakan bahawa itu adalah hari lahir Elly yang terbaik.

Jom tonton video di bawah :

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminatnya mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan Elly dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia serta berbahagia bersama suaminya. Antara komen-komen peminatnya :

” Happy birthday kak.. semoga pnjang umur dimurahkn rzki, dibrikn kshtan yg baik.. sentiasa dlm rahmatNya.. Amiin.. “

” Murah rezeki ank2 nti Amin.. Happy birthday.. Happy birthday kak lina.. Sweet adk..ย  Sanah helwah elly mazlein..ย  “

” Kepommmmm.. happy birthday.. happy Birthday Kak Lina Pom Pom.. Haaa masok.. semoga panjang umur dan murah rezeki..ย  “

” Tak Mekaup Sangat Pun Tetap Cantik Kak Lina Pom Pom.. Happy birthday Kak Lina Pom Pom iamellymazlein.. Elly terbaik.. “

” Happy belated birthday KLPP iamellymazlein.. semogo dipermudahkan segala urusan hari ini dan hari2 yang mendatang.. Cantiknyaa kak.. “

” Masa rehearsal dapat kek.. masa LIVE dpt surprise.. ewahhhhh.. Hepi besday.. Sanah hewah dik.. moga bahagia bersama papa nano hingga ke jannah..ย  “

” kaklina shayangggg.. happy birthday, semoga bahagia till jannah.. Hppy birthday kak lina semoga pangang umur dimurah kan rzki dibri Allah.. Amin.. “

” Happy Blessed Birthday KakLinaPomPom.. Moga bahagia selalu Dan murah rezeki, diberi kesihatan Dan kekuatan diri.. Amin.. “

Untunglah Elly sebab ramai yang sayang dan hargai dirinya sampai ramai orang buat kej0tan untuk ulang tahun kelahirannya. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada Elly. Semoga terus sukses dalam apa jua yang dilakukan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Elly Mazlein

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright ยฉ Berita Kopak

##FREAKOUT