Connect with us

Artis / Selebriti

” Musician pun pecah perut gelak tengok Amir. Kuat rupanya bunyi itik tu.. ” – Netizen

Penn Leman Band Kongsi Keadaan Sebenar Atas Pentas Ketika Moment Adik Amir The Chosen One Suruh Itik Diam. Adui Amir, Tergelak Penn Tengok, Spontan Betul. Itik Pun Pandai Dengar Cakap Amir, Haha !!

The Chosen One musim 1 telah pun melepasi minggu separuh akhir Rabu yang lalu. Dengan tema Duet Bintang, semua peserta melakukan persembahan yang terbaik demi menambat hati juri dan melayakkan mereka untuk ke peringkat akhir.

Amir adalah peserta kegemaran ramai dan namanya menjadi sebutan dari hari ke hari. Saban minggu ada sahaja kelakuan Amir yang mencuit hati semua. Meninjau akaun Tiktok PennBassChannel, telah dikongsikan suasana sebenar yang berlaku di atas pentas The Chosen One.

Ketika Dato’ Awie memberikan komennya, itik yang berada di atas pentas membuat bising dan Amir yang tidak tahan dengan gangguan bunyi itu spontan menyuruh itik diam. Dengan isyarat jari diletakkan di mulut, Amir membuat bunyi ‘shuuuhhh’.

Penn dan ahli Leman Band yang lain tidak dapat menahan ketawa masing-masing melihat telatah Amir itu. Spontan sangat perlakuan Amir, selamba sahaja Amir menyuruh itik itu diam. Bak kata Dato’ AC Mizal, Amir satu-satunya artis Malaysia yang bercakap dengan itik.

Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :

@pennbasschannel

ARTiS MALAYSiA yang boleh berCAKAP dengan iTiK #amirthechosenone #thechosenone #astroceria #pennbasschannel

♬ original sound – PennBassChannel – PennBassChannel

Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Itik tu pun dengar kata haha, diam terus.. Dari awal lagi memang Amir ger4m dengan anak itik tu haha.. ”

” Adik Amir artis Malaysia dahsyat boleh bercakap dgn itik terus diam anak itik tu terbaik adik Amir ni.. ”

” Gelak pun keluar air mata tengok Amir, spontan je. patut amir suh diam, rupa nya kuat jugk bunyi itik tu haha. rse pertma kali orang nyanyi bwk itik g ats pentas.. ”

” Itik tu pon nk komen jgk .. tu yg adik amir sruh diam.. lucu lah adik amir. Terbaik amir minggu ni.. Aduhai.. Gaya spontan tu.. Ketawa di buat nya.. ”

” Faham anak itik tu dengan Amir.. comel la Amir.. Kuat rupanya bunyi itik tu, kami yang kat rumah ni yang tak berapa nak dengar.. ”

” Dia dengan cara dia lah haha. mlm ni amir betol2 bg rakyat malaysia gembira… ketawa.. suka.. Musician pun pecah perut gelak tengok amir atas pentas.. ”

” Dia suruh itik diam sebab nak dengar Awie komen haha. geng leman band tentu lagi penat ketawa tgk depan-depan perangai amir tu.. ”

Alahai Amir, minggu ini memang Amir jadi pelawak dan menghiburkan semua orang baik di dewan mahu pun di rumah. Geng Leman Band pun terkekek-kekek ketawa tengok gelagat Amir dengan itik tu. Minggu depan apa pula la agaknya yang dibuat si Amir ini, hehe.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok PennBassChannel, IG Putera Muhammad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT