Artis / Selebriti
” Mula-mula rasa sedih. Terkejut kita tau tengok Kak Lina buat macam tu, hehe.. ” – Komen Netizen
Video Elly Mazlein buat pengumuman hari terakhirnya sebagai penyampai Radio Era. Baru nak sedih, sempat pulak Kak Lina buat terkejut macam tu. Berdekah dibuatnya, huhu..
Elly Mazlein atau nama sebenarnya Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi merupakan seorang selebriti serba boleh. Elly dikenali bukan sahaja sebagai seorang penyanyi dan pelakon, tetapi juga pengacara dan penyampai radio yang mempunyai personaliti ceria dan menghiburkan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Elly, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan Elly mengumumkan yang dirinya kini tidak lagi bergelar penyampai radio di stesen radio Era. Untuk info, sebelum ini Elly mengendalikan segmen Carta 40 Era. Menurut Elly, keputusan tersebut bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibuat, namun ada sebab tertentu yang mendorongnya untuk berundur.
Dalam pada itu, Elly turut mengucapkan terima kasih kepada Boss Era, Boss Oney kerana memahami dan menerima keputusan perletakan jawatannya dengan hati terbuka. Elly sempat bergurau secara bersahaja dengan berkata kononnya pasti akan ada yang akan berkata dirinya berhenti kerana kontraknya tidak disambung.

Perkongsian video tersebut telah membuatkan ramai yang menonton berasa terhibur dengan gelagat lucu Elly. Namun begitu, ada yang meluahkan rasa sedih dan terkejut dengan keputusan Elly ini. Sehingga kini, video Elly tersebut telah menerima ratusan komen setakat artikel ini ditulis.
Tonton video di bawah :
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan terhibur menonton telatah Elly ketika bercakap. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah:
” Mula-mula rasa sedih. Terkejut kita tau tengok Kak Lina buat macam tu, hehe.. Tq Kaklina ceriakan hari minggu kami.. “
” Alaaa tak dpt tgk sesi karaoke lagi .. Good luck Kak Lina dalam apa segala Kak Lina lakukan. Majmuk always love you.. “
” Bos Oney, plsssss sambung kontrak pompommmm, kami syg kak linaa, tercari² suara pompom kt radio, tapi da tak ada, pls sambungg.. “
” Mula2 sedey. Pastu kelakar la kak Lina ni. Saya dengar Era sebab Kak Kepom Tau.. Moga terus sukses dalam apa jua bidang yang Kak Lina ceburi.. “
” Tapii Majmuk akan merinduiiii Karoeke Suraya dengan guest artist.. Semoga dilimpahi rezeki berpanjangan buat kak lina pom pom.. Aminn.. “
” Sempat debik mulot2 hitu yekkk, berdekah kita tau wlaupun terkejut, hahaha.. Baru nak sedih, tetiba ketawa terbahak2.. “
” Aaala dah takde nk lock2 perkataan dekar carta era 40, selalu dgr carta era dgn mak otw nk beli barang masa weekend.. Pas ni rindu ler dengan karok Kak Lina.. “
Ramai juga berpendapat kehadiran Elly sebagai penyampai radio selama ini telah menceriakan suasana serta memberikan aura positif kepada para pendengar, lebih-lebih lagi menerusi segmen Elly berkaroke bersama artis jemputan yang pasti akan dirindu oleh mereka. Apa-apa pun, semoga Elly Mazlein terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG iamellymazlein
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti5 days ago” You seorang je ke autism ? ” – Ubai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lawak random pulak Dida, spontan. Berdekah tengok mulut DSV kena sepit macam tu.. ” – Komen Netizen

