Artis / Selebriti
” Muka dan suara macam arwah SS dah Hadie ni. Sedih la pulak dengar.. ” – Komen Netizen

Video anak sulung Ina Naim, Ehmad Hadie Elfardie menyanyi lagu Kias Cinta buat ramai tersentuh. Makin sedap suara Hadie, sama macam suara arwah Suhaimi. Sebak dengar suara Hadie..
Semenjak pemergian arwah Suhaimi Suhaimi, raai yang mengikuti perkembangan Ina Naim untuk melihat kehidupan Ina dan anak-anak. Selain ilmu duniawi dan akhirat yang ditinggalkan untuk Ina dan anak-anak, Suhaimi juga meninggalkan bakat seninya kepada anak-anak mereka.
Meninjau entry di akaun Tiktok Ladywatie dan Ninainanaim, telah dikongsikan satu video yang memaparkan anak sulung Ina Naim dan arwah Suhaimi Saad, Ehmad Hadie Elfardie sedang menyanyi. Suara Hadie sememangnya merdu dan Suhaimi sendiri yang melatih Hadie menyanyi ketika hayatnya dulu.
Menerusi video perkongsian ini, Hadie menyanyikan lagu yang pernah dipopularkan oleh Suhaimi sendiri berjudul Kias Cinta. Lagu ketuhanan ini benar-benar meruntun hati warganet. Apatah lagi mendengar suara Hadie dan lenggok nyanyiannya yang sama seperti Suhaimi.
Ina sendiri menikmati nyanyian anak sulungnya ini dengan penuh penghayatan. Ramai yang sebak mendengar suara Hadie kerana masing-masing masih merindui sosok tubuh seorang yang bernama Suhaimi. Banyak kenangan warganet bersama Suhaimi yang masih segar dalam ingatan.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@ninaina678
@nizarwatie Replying to @jamilahlatif2
♬ original sound – Ladywatie | Affiliate – Ladywatie | Affiliate
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih hampir 500 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan :
” Eh suara sama MCM arwah ayah dia sedap.. Allahuakbar.. rindu arwah ss live dgn Ina rindu suara arwah ss mengaji mengajar n nyanyi.. anak ni mewarisi.. “
” Sedap suaranya.. Sedih dgr lagu ni.. terasanyaa mcam tengok SS yang menyanyi.. suara sama sangat dengan arwah SS.. “
” Alhamdullillah Allahhuabar sedih bila dengar lagu nie.. Sama la..gigi pun sama mcm arwah suhaimi.. “
” SubhanAllah.. handsome dah.. suara pun sedap.. rindu SS.. al fatihah buat org baik.. tenang di sana.. “
” Masyaallah terbaik lagu SS.. akhirnya dpt jg dengar hadie nyanyi lagu kias cinta.. Sedap suara hadie macam suara ayahnya.. “
” Merdu suara macam arwah SS.. muka dan suara macam arwah SS dah Hadie ni.. sedih la pulak dengar.. “
” Suara dia macam suara ayahnya.. sebijik macam arwah SS.. al fatihah buat arwah.. pengubat rindu ina pada ss, suara dan rupa yang saling tak tumpah.. “
Saling tak tumpah suara Hadie dengan suara arwah Suhaimi. Bak kata pepatah, mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Suara Hadie mengubat kerinduan peminat terhadap Suhaimi. Semoga Hadie sentiasa menjadi anak yang soleh dan menjaga ibunya dengan baik.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok ladywatie, Tiktok Ninaina678
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Sejak bila Abang Long lucu. Dengan Amira, keluar perangai sebenar dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Comelnya gelagat kak long di dapur. Geram dengar dia cakap, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Deep sangat sampai ke dalam jiwa. Kak Long anak yang sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 hours ago
” Best suara dia, menusuk kalbu. Terbayang arwah SS weh, sumpah aku nangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen