Artis / Selebriti
” Minta lagu raya, sekali dia bagi rentak dah macam lagu S. Jebeng, haha.. ” – Netizen
Video Sharifah Shahirah Ketika Minta Lagu Raya Daripada Aplikasi Google Buat Ramai Terhibur. Terus Lain Muka Shiera, Tak Tahu Nak Happy Ke Nak Sedih. Lain Yang Diminta, Lain Yang Dapat, Haha !!
Sebut sahaja nama Sharifah Shahirah, pasti ramai yang mengenalinya. Bukan sahaja bergelar sebagai seorang pelakon dan pengacara, kini Sharifah Shahirah atau lebih mesra disapa dengan panggilan Shiera turut bergelar sebagai penyampai radio. Coleteh Shiera di corong radio setiap hari sering membuat pendengar terhibur.
Meninjau di akaun Instagram, Shiera memuatnaik satu video baru mengenai dirinya. Menerusi video itu, kelihatan Shiera sedang berada di dalam kereta. Kedengaran Shiera meminta kepada aplikasi google untuk mencari lagu raya. Selepas itu, ‘ Encik Google’ meminta Shiera memberitahu nama lagu raya yang ingin didengar oleh Shiera dan memberikan beberapa pilihan lagu kepada Shiera.
Sekali lagi Shiera meminta ‘ Encik Google’ mencari lagu raya bertajuk ‘ Suasana Hari Raya’. Mendengar rentak awal lagu yang didendangkan, Shiera memberikan reaksi wajah tidak sabar untuk mendengar lagu raya. Namun, apabila mendengar suara penyanyi lagu tersebut dan rentak lagu itu lain, Shiera terus terkejut.

Perkongsian video baru oleh Shiera telah mengundang tawa warganet. Ada yang mengatakan mendengar lagu itu seperti lagu penyanyi S. Jebeng. Sehingga kini perkongsian itu telah menerima ratusan komen serta ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-rata mereka terhibur dengan video yang dikongsikan oleh Shiera. Antara komen-komen menarik adalah :
” Minta lagu raya sekali dia bagi rentak dah macam lagu S. Jebeng, haha.. En google tu saje jer dia nak bg akak happy2 joget2 haha.. “
” Ya ampun.. Sy tergelak ekekeke Kak Rara tengok video ni.. Memang kelakar sangat.. Harap bersabar lah Kak Rara, maafkan lah google tu.. “
” Hahahahahaha retro betul lagu tu kak rara.. Dia nak suh akak joget tu.. Kuat saya ketawa tengah malam tgk video Kak Rara.. “
” Deydey hr tu Ijoy off google hahaha kau dgn deydey sama.. Deydey sempat tanye google dia cute tak.. Kau lak mintak lagu raya, hahaha.. “
” Hammmmbikkk.. Google pun tahu la kak, belom lagi puasa dah mintak lagu raya hahaha.. Dia suruh puasa dulu baru boleh raya.. “
” Terima lah seadanya kak, hahaha.. Sorry kak tergelak.. Nie la orang kata order laen yg sampai barang laen.. “
” Terus stress kawan minta lagu lain dapat lagu lain.. Hahaha.. Google pun tak tahu lagu raya rentak apa yang kak nak tu.. “
Reaksi wajah Shiera sungguh mencuit hati, terus tak tahu nak tunjukkan perasaan sedih atau pun terkejut. Sempat peminat berseloroh dengan mengatakan yang ‘Encik Google’ sengaja memberikan lagu rentak seperti itu agar Shiera dapat berjoget dengan gembira ketika mendengarnya.

Silakan SHARE..
Sumber : IG shieraijoy
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dia sebenarnya cinta hilang bila kita ada.. ” – Datuk Fazley
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lagu ni sedih tau tapi kenapa aku ketawa sampai nak terkencing ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kenapa aku sebak tengok video ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Budak ni baru sehari dah handsome macam ni. Kalau dah besar, dia punya handsome macam mana.. ” – Irfan Haris
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hari ni Raf pulak lap bibir comot dia, haha.. ” – Raf Yaakob
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedap tutur kata Hussain, lembut je cakap. Macam tu orang berilmu menjawab soalan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Sebak tengok video ni. Kesian Baby, sepatutnya hari macam ni ramai hantar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Allahu, positivenya awak Dr. Fie, nangis dengar ucapan Dr. Fie.. ” – Komen Netizen



