Artis / Selebriti
” Mesti special sangat ni, kalau tak manakan dia boleh duduk sebelah mak Fattah.. ” – Komen Netizen

Video Amira Othman begitu mesra bersama ibu Fattah Amin di sebuah majlis curi perhatian warganet. Wah nampak mesra seperti ibu dan anak. Kak long pun cantik, sedondon dengan abang long..
Sejak semalam, kecoh di media sosial dakwaan yang mengatakan pelakon terkenal, Fattah Amin sudah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi, Amira Othman pada hari Jumaat lalu. Walau bagaimanapun, berita ini telah dinafikan oleh Fattah yang juga terkejut dengan khabar angin yang tersebar itu.
Namun, kisah mengenai Fattah dan Amira ini kembali menjadi tumpuan apabila tular video di akaun TikTok yang memaparkan Amira telah hadir ke majlis doa selamat yang diadakan oleh Fattah sekeluarga bersempena menyambut bulan Ramadan.
Menerusi akaun TikTok milik Rissa Skin, telah dikongsikan video yang memaparkan Amira sedang duduk satu meja dan berbual mesra bersama ibu Fattah, Puan Azizah. Bukan itu sahaja, ada juga video yang memaparkan Amira turut bergambar bersama keluarga Fattah Amin dan tetamu VVIP.
Perkongsian video-video ini telah menjadi perbualan peminat-peminat Fattah dan Amira, lebih-lebih lagi apabila dilihat pasangan ini turut memakai baju berwarna sedondon. Ramia yang beranggapan semestinya Amira adalah tetamu istimewa di majlis Fattah dan suka melihat keakraban Amira bersama ibu Fattah.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@rissaskin_hq Kalau nak mem spill, kena pujuk mem dulu beli #intensivenightcreamrissaskin #rissaskin banyak2 hihi ugut eh
@rissaskin_hq Replying to @Munirah Marzuki Kita doa yg baik baik tau. Janji malam esok dating dgn mem dan FATTMIRA dan beli #intensivenightcreamrissaskin byk2 mem spill the tea 🤣🤣 Gurau je ek
@imani.imtiyaz Doa yg baik2 Allah bg yang baik2 jua. Insya Allah. Mendoakan kebaikan org adalah pahala utk kita jua dr kita mghina ngan mgeji. #amiraothman #fattahamin #fyp
Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen tersebut adalah :
” Mesti special sangat ni, kalau tak manakan dia boleh duduk sebelah mak Fattah.. Kita doa yang baik2 buat Fattah dan Amira.. “
” Aikk baju sedondon plk tu, hehe.. Pastu kaklong duduk satu meja dengan family Fattah.. Kata kawan biasa, hehee.. Ok dah faham.. “
” Allahu..Bagus Amira ni.. Bila mem Nurul approach Mira, Mira minta mem sapa ibu Azizah dulu… Tggi adab Mira ni.. Dahulukan org yg lbh tua.. Cair la kita.. “
” Saya seorg je ke yg perasan ada cincin belah rotan di jari manis Amira.. Rasanya betul lah dorang tunang.. Tapi nk privasi.. “
” Ishh lain mcam lah.. Betul ke tak ni Kak Long n Bang Long hanya rakan sahaja, hahaha.. Kami tak percaya lah, lagi2 bia tengok video ni, haha.. “
” Alahai netizen..Fattah tak nak bising2 dulu. Jodoh tu rahsia Allah. Takut tak jadi nnti.. Teruk Fattah kena kecam pulak..Ade jodoh ada la. doakan yg baik2 saja. Amin.. “
” Eeee dahlah pakai sama putih, duduk sebelah ibu Fattah pulak. Dah ada apa-apa ikatan ke ni.. Janganlah buat kami curious.. “
Alahai sweet sungguh cara Amira melayan ibu Fattah, nampak mesra sangat. Apa-apa pun, Fattah sekarang kan banyak bekerjasama dengan Amira, tidak salah rasanya Fattah turut menjemput Amira ke majlis tersebut. Tapi kalau ada jodoh, pasti tidak akan ke mana.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok rissaskin_hq, imani.imtiyaz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Viral7 days ago
” Ayat terakhir yang Nurly tinggalkan. Kata-kata yang membekas di jiwa.. ” – Sepupu Nurly Shahirah
-
Viral7 days ago
” MasyaAllah, lembut tutur kata mu dik. Finally dapat dengar suara Adib.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Ayden bocor rahsia terus. Memang perangai YB Saddiq, takde belok-belok. Tegak terus, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Viral6 days ago
” Air mata dia tumpah, teresak-esak. Kali pertama aku nampak adik aku menangis macam tu.. ” – Adik arwah Fakhrul Ariff
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Hai daddy, bila daddy nak bawa Nyamma.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Amboi Jack, hint paling jelas, terang dan nyata ni. Penuh yakin lagi Jack umum tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen