Connect with us

Artis / Selebriti

” Meremang bulu roma, sedap bacaannya.. ” – Netizen

Video Lufya Omar Membaca Beberapa Ayat Al-Quran Dalam Sebuah Majlis Ilmu Raih Pujian Warganet. Merdu Betul Suara Lufya Mengaji !!

Meninjau di akaun Instagram milik pelakon Lufya Omar telah dikongsikan video yang memaparkan Lufya menghadiri sebuah majlis ilmu iaitu Festival Sunnah. Tampil mengenakan jubah, bertudung labuh berwarna putih dan berkaca mata, kelihatan Lufya begitu manis.

Menerusi video tersebut, Lufya sedang duduk di atas pentas dan membaca beberapa ayat Al-Quran. Tulis Lufya di ruangan kapsyen mengatakan pada awalnya dia agak malu, namun Lufya menyahut peluang yang diberikan kepadanya.

Tulis Lufya lagi, dia bukan lah daripada kalangan orang yang baik-baik, namun Lufya berusaha untuk menjadi baik. Di akhir penulisan, Lufya meminta agar orang ramai yang menonton video bacaan Al-Quran daripadanya dapat memberikan komen yang membina dan sesiapa boleh memberikan cadangan guru mengajar tajwid kepada Lufya.

Perkongsian video ini telah menarik perhatian warganet. Ada peminat mengatakan suka mendengar bacaan Al Quran daripada Lufya. Sehingga kini, video tersebut menerima lebih satu ribu tanda suka dan puluhan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan oleh warganet dan rata-ratanya memuji bacaan Lufya. Antara komen-komen menarik adalah :

” Meremang bulu roma, sedap bacaannya.. Tak bijak pandai dalam hukum tajwid tapi bila dengar terasa indahnya rasa… Syahdu je.. “

” Alhamdulillah… Memang kna berada dlm circle yg betul supaya kita jga dpt tempiasnya.. Semoga Lufya terus menjadi lebih baik selepas ini.. “

” Masyaallah, sedap betul lah suara sis mengaji.. Insyaallah kami doakan yang baik-baik buat sis, semoga sis terus kekal istiqamah.. “

” Ma sya Allah sista.. Kalau ana diduk depan kan best dgr anti baca.. Merdu betul suara anti, tak puas ana dengar, ma sya Allah.. “

” Cantik, sopan santun, suara sedap, pandai mengaji.. Serba lengkap Lufya ni.. Full pakej.. Semoga kita terus usaha untuk mendalami bacaan al- quran.. “

” Masyallah Allah Maha menciptakan ayat ayat suci Al Quran.. Sedapnya… Alhamdulillah…Tahniah Fya teruskan dgn berkumpul majlis2 ilmu.. Doakan sy pon seperti awak.. “

” MasyaAllah TabarakAllah Alhamdullilah.. Syukurrr Hebattt adikk ku semoga terus istiqomah dlm melalkukan kebaikan Sebaik-baik manusia adalah yang paling banyak manfaatnya bagi manusia.. “

Sedap betul bacaan Lufya, memang patut lah ramai yang memuji. Apa-apa pun tahniah buat Lufya kerana berani menonjolkan dirinya membaca Al Quran di hadapan ramai orang. Semoga usaha Lufya mempelajari Al-Quran akan memberikan 1001 manfaat dan pahala berlipat ganda buat Lufya.

Silakan SHARE..

Sumber : IG lufyalaana

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT