Artis / Selebriti
” Memang style habis dekorasi rumah kak Lina, Englist style gitu.. ” – Netizen
Video Dekorasi Dalaman Dan Luaran Rumah Elly Mazlein Yang Memukau Pandangan. Wah Eksklusif Sungguh Interior Design Rumah Kak Lina Ni, Tersusun Indah. Rumah Pun Besar, 3 Tingkat Lagi. Hebat Lah Kak Kepom !!
Sebut sahaja nama Elly Mazlein, pastinya ramai yang mengenali penyanyi, pengacara dan penyampai radio ini. Mesra dengan panggilan Kak Lina Kepom, karakter Kak Lina yang kelakar seringkali menggeletek hati ramai. Baik di kaca televisyen mahu pun di corong radio, lawak Kak Lina tetap sampai.
Di sebalik Kak Lina yang happy go lucky, Kak Lina seorang yang sangat teliti dan kemas orangnya. Meninjau akaun Tiktok Ella Furniture, telah dikongsikan satu video yang memaparkan keadaan rumah Kak Lina dari pandangan luar dan dalaman rumah.

Klik gambar untuk info..
Bukan biasa-biasa rumah Kak Lina, banglo 3 tingkat yang dilengkapi dengan perabut yang cantik. Pemilihan Kak Lina untuk semua barangan rumah juga mengagumkan semua. Setiap genap ruangan dalam rumah Kak Lina semuanya berwarna putih dan nampak sangat elegent.

Semuanya Kak Lina mendekorasi sendiri dan ilham untuk sofa dan meja makan juga menarik perhatian. Lain daripada yang lain, itu yang Kak Lina mahukan. Yang penting, tenang sahaja melihat suasana dalaman rumah Kak Lina ini. Kat Kak Lina, rumahnya itu bertemakan English Style.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini telah pun meraih ratusan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Comel lah Kak Lina ni.. suka sangat dengan aura dia. Dengan semua orang masuk jee.. besar dan luas betul rumah kak Lina, cantik english style gitu.. ”
” Bila masuk jer rumah Kak lina terasa lain betul vibe rumah Kak Lina. Memang style habis dekorasi dining area kak lina pom pom.. ”
Kak Lina sememangnya pandai membuatkan suasana dalam rumah rasa damai. Kak Lina juga bijak memilih perabut yang betul dan susun atur yang tidak menampakkan terlalu padat, boleh jadi Interior Designer lah Kak Lina. Boleh juga dijadikan inspirasi untuk warganet untuk mendekorasi rumah.


Klik gambar untuk info..
Lain orang lain citarasanya dan citarasa Kak Lina memang A+, rumahku syurgaku. Vibes yang tenag dapat dirasai oleh orang lain yang melihatnya juga. Semoga Kak Lina terus maju jaya dalam kerjaya dan dikurniakan rezeki yang melimpah ruah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Ellafurniture, IG Rizalhakim_punyer
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dida bawa ex-wife kenalkan dengan family DSV. Azrene sweet, siap peluk Cik B dua kali.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Saya tulis dekat buku saya, daddy tak sayang saya. Daddy suka Sabronzo.. ” – Khawla
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kenapa merdu sangat ni Hussain. Cair betul dengar lenggok Hussain ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia sebut ‘uuu’ pun dah sedap, power weh suara dengan tarian dia tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Doa yang saya minta sangat dari tahun 2022.. ” – Datin Lisa Surihani
-
Artis / Selebriti6 days ago” Merinding dengar suara Dekta ni, bayangan ibu sangat. Sumpah sedap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Habis dibuka yang tak sepatutnya, macam tu je dia spill.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ya Allah, kenapa aku nangis tengok ni. Sayang betul Yusry dengan wife dia kan.. ” – Komen Netizen

