Artis / Selebriti
” Memang simple habis outdoor dia. Aku pulak yang senyum seorang.. ” – Netizen

Video Outdoor Photoshoot Farah Lee Dan Suaminya, Fuad Hashim Cur1 Perhatian Warganet. Video Outdoor Photoshoot Yang Paling Rare. Pemalu Rupanya Fuad Ni, Cute Je Muka Senyum Malu Tu. Ramai Kata Muka Fuad Macam Safawi Rasid !!
Tanggal 5 Januari menjadi detik permulaan baru buat pasangan Farah Lee dan suaminya Fuad Hashim. Mengikat janji untuk sama-sama membina bahtera rumahtangga, majlis pasangan ini mendapat perhatian daripada ramai warganet. Simple tetapi unik temanya, itu yang menjadi perbualan ramai.
Bukan hanya majlis akad nikahnya, majlis resepsi dan wedding photoshoot Farah juga sangat menarik. Meninjau akaun Tiktok farahlee.fl, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Farah dan Fuad ketika sesi outdoor photoshootΒ mereka.
Memilih lokasi pantai, video ini membuatkan ramai warganet tersenyum sendiri melihatnya. Farah tetap santai dan selamba sahaja perangainya seperti biasa. Fuad pula kelihatan malu-malu namun cukup sporting mengikut sahaja rentak isterinya itu.
Ramai juga yang mengatakan wajah Fuad seiras dengan wajah pemain bola sepak negara, Safawi Rasid. Pasangan pengantin yang tak jemu dilihat, sepadan dan nampak keserasiannya. Menonton sehingga ke akhir video, pastinya semua akan tersenyum lebar melihat gelagat Farah dan Fuad.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )Β
@farahlee.fl Farah x Fuad #farahlee #fuadhashim #ommaream
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 13 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Aku berkenan dengan tema nikah farah lee ni, nak buat la, untuk anak-anak aku nanti.. simple tapi cantikk.. tema dan baju yang simple.. ”
” Muka Fuad macam Safawi lah.. Sekali imbas macam pawi sangat-sangat.. yang pasti handsome dan sedap mata memandang.. ”
” Comel fuad malu-malu… Fuad nie mmg pemalu orangnya.. Nice video anyway… Congrats both of you.. ”
” Simple je kan, kita suka la macam ni.. Dia yang kahwin, aku pulak yang senyum seorang-seorang.. ”
” Memang simple habis outdoor dia. Nikah pun simple dan cantik. Tahniah Farah… moga berkekalan hingga ke Jannatul Firdaus.. ”
” Yeay dah ada video outdoor nya.. hari-hari stalk tunggu video Farah Lee. selamat pengantin baru farah lee. bagus simple je.. ”
” Memang bestlah tak payah nk over.. simple jer tp tetap cantik, meriah dan sempoi jer .. terbaik awak farah.. suka konsep perkahwinan macam ni.. ”
Memang kreatif dan idea Farah untuk segalanya mengenai perkahwinannya ini mendapat pujian. Tentu selepas ini akan ada yang ikut tema simple seperti Farah ini. Apa-apa pun, semoga terus bahagia Farah bersama Fuad dan kekal sampai ke syurga.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok farahlee.fl
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Obvious sangat ni Abang Long. Kak Long blushing tak boleh cover dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tergelak dengar Rina betulkan Bahasa Melayu Omma, pandai sangat lah Rina.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adoila kak Erma, ni cinta berapa segi ni. Berebut tunang pulak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Short, simple and sweet. Dia betul betul mengangkat darjat Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Mama YB senyum je perhati gelagat anak menantu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Terngiang-ngiang Kak Ning punya suara bila mengaji. Sedap sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Banyak kali saya menangis hari ni. Terharu tengok keluarga YB menerima Bella seadanya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Sorry Qadejah, memang tergelak dengar. Ni betul-betul Dato’ Aliff versi perempuan, haha.. ” – Komen Netizen