Connect with us

Artis / Selebriti

” Melting habis tengok pasangan ni menyanyi. Sedap lah suara korang.. ” – Netizen

Video Daiyan Trisha Dan Hun Haqeem Cover Lagu ‘Aku Dan Dirimu’ Raih Perhatian Warganet. Wah Padu Lah Gabungan Suara Daiyan Dan Hun Ni. Sweet Sangat, Bersemut Habis !! 

Meninjau ke akaun Instagram selebriti cantik, Daiyan Trisha telah dikongsikan video yang memaparkan Daiyan bersama pelakon Hun Haqeem telah berduet menyanyikan lagu ‘ Aku Dan Dirimu’ nyanyian asal oleh penyanyi Indonesia iaitu Bunga Citra Lestari dan Ari Lasso.

Menerusi video itu, Hun menyanyikan dahulu lagu tersebut dan disambung oleh Daiyan. Telatah Hun dan Daiyan ketika berduet menarik perhatian warganet. Ada yang mengusik melihat Hun dan Daiyan sudah seperti pasangan kekasih serta berdoa agar mereka berjodohan.

Klik gambar untuk info..

Sementara itu, menerusi Insta Stories,  Daiyan ada menjelaskan video rakaman nyanyian dia bersama Hun itu telah dirakam pada bulan Disember lalu sebelum masing-masing menyertai rancangan televisyen, The Masked Singer Malaysia musim ke- 4.

Sehingga kini, video nyanyian Hun dan Daiyan menerima lebih 122 ribu tanda suka dan ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram. Alahai ramai yang teruja melihat gandingan Daiyan dan Hun menyanyi. Suara Hun pun merdu juga.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji suara Daiyan dan Hun merdu menyanyikan lagu tersebut. Antara komen-komen menari warganet adalah :

” Melting habis tengok pasangan ni menyanyi. Sedap lah suara korang.. Moga2 berjodohan lah korang. Nampak serasi bersama, hehe.. “

” Nak request tolong sampai ke jinjang pelamin buleh, hehe.. Sedap lah suara Hun, serak2 basah.. Aduhh tersenyum tau tengok video ni.. “

” Approveee.. Kaawin di dunia nyata pleaseee hehee.. Ni dah berduet lagu cinta2, hehehee.. Sukanya tengok pasangan ni, sepadan.. “

” Lama tak dengar lagu ni.. Love terukksss arrr suara Daiyan.. Untung ler kalau Hun dapat Daiyan.. Semuanya serba lengkap.. “

” Apee ni… Sukanya, hahaa.. Wehhh pls lahhh ada jodoh.. Suka tau tengok korang.. Hun boleh lah jadi penyanyi, suara mantap.. “

” Ehh dah ler muka ada iras, orang cakap jodoh panjang.. Hehehe kahwin ler.. Semoga baik2 untuk Daiyan n Hun.. Mana tahu ada jodoh betul.. “

” Suara korang merdu la.. Lepas ni boleh dah buat lagu duet bersama..  Rindu betul nak dengar Daiyan nyanyi.. And akhirnya.. “

Klik gambar untuk info..

Untuk sekadar rekod, Daiyan dan Hun antara peserta The Masked Singer Malaysia. Daiyan merupakan Si Ikan Emas telah tersingkir pada minggu keempat. Manakala Hun pun tersingkir pada semi final dan dia memakai kostum Roti John. Apa-apa pun, semoga Hun mahupun Daiyan akan terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi mereka.

Silakan SHARE..

Sumber : IG daiyantrisha

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT