Connect with us

Artis / Selebriti

” Lawaknya Zizan, seluar londeh terr. Berdekah aku ketawa, haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Zizan Razak Ketika Daiyan Trisha Menyanyi Di Rancangan Masked Singer Buat Warganet Terhibur.  Amboi Zizan, Bukan Main Ligat Lagi Menari Tu. Siap Pakej Main Sepak Takraw Lagi. Mujur Lah Tak Londeh Seluar Tu. Kalau Tak Viral 1 Malaysia, Haha !!

The Masked Singer diteruskan lagi untuk musim baru dan kali ini menampilkan lebih ramai peserta yang berbakat. Berbeza dengan tahun lalu, musim ini para peserta akan menyanyi secara live. Semalam menyaksikan seorang lagi peserta tersingkir iaitu Ikan Emas.

Di sebalik topeng Ikan Emas adalah pelakon cantik Daiyan Trisha. Selepas topeng Ikan Emas dibuka, Daiyan membuat persembahan sekali lagi untuk kali terakhir di pentas The Masked Singer. Menerusi akaun Instagram Zizan Razak, telah dikongsikan video yang memaparkan gelagat Zizan ketika Daiyan sedang menyanyi.

Klik gambar untuk info..

Zizan membuat aksi lucu dengan menjadi penari latar mengiringi nyanyian Daiyan. Bukan setakat menari ballet, aksi bermain sepak takraw dan badminton juga digayakan sama dalam tariannya itu. Komen warganet, habis semua orang Zizan tolak ke tepi semata-mata untuk menari.

Sedang asyik menari, Zizan kelihatan berhenti seketika dan membetulkan seluarnya. Hah baru menari sekejap sudah kurus ke Zizan. Nasib tak terlondeh seluar atas pentas. Kalau tak, bukan persembahan Ikan Emas yang viral tapi Zizan yang akan jadi perbualan.

Jom tonton video di bawah :

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Letihhh lh tgok, terlondeh2 seluooor haha.. aksi takraw ada , aksi bola ada , aksi badminton pun ada , semua dia bantai.. buat hal betul Zan haha.. ”

” Daaakkk… yg AC pun tgk zizan sepaktakraw tu nape .. udah macam real je haha.. Hayooo zizan nasib tak londeh seluar mu tu kalau tak 1 malaysia melihat… hahaha.. ”

” Adoi Zizang, seluar pinjam ke haha.. nyaris eh nak terlondeh haha.. suka tengok zizan ni.. penyeri masked singer.. ”

” Tq Zizan buat aku gelak haha. Takrwa, badminton, silat, ballet semua ada erkk.. Dy jadi penari tu halahhh hbes org ditolak kalau boleh haha.. ”

” Lawaknya Zizan, seluar londeh terr haha. Dah lme xtgk lawak zizan mcm ni.. brdekahhhh siotttt… haha.. ”

” Tak reti duduk diam Zizan ni haha, suka tengok Zizan lawak ada je dia. Terlondeh spenda tu haha.. ”

” Tarian bujang terlajak hehe.. Best tgk zizan.. happynya dia sentiasa. semoga zizan dipertemukan jodoh yg baik buatnya.. Zizan memang lawak.. ”

 

Klik gambar untuk info..

Kalau sudah namanya Zizan, ada sahaja perkara lawak yang dibuatnya. Antara juri penyeri The Masked Singer yang selalu membuatkan semua terhibur dengan telatahnya. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Hafizarazak, IG Zizan Razak

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT