Artis / Selebriti
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
Elisya Sandha memperkenalkan gambar wajah penuh anak keduanya, Bahtera Elhaq buat kali pertama sempena majlis tahnik Bahtera curi perhatian ramai. Alahai cutenya Bahtera dengan jubah dan kopiahnya tu. Copy paste mommy sangat ni muka Bahtera..
Aktres cantik yang juga merupakan adik kepada Fasha Sandha iaitu Elisya Sandha telah pun melahirkan cahayamata keduanya pada 17 Mei yang lalu. Sebelum ini, Elisya memaklumkan kepada umum si kecil itu dinamakan sebagai Bahtera Elhaq menerusi akaun media sosialnya.
Menerusi perkongsian terbaru di akaun Instagram Elisya Sandha, telah dikongsikan beberapa keping gambar yang memaparkan wajah Bahtera buat pertama kalinya. Coret Elisya di ruangan kapsyen, bersempena 10 Muharam, mereka mengadakan majlis tahnik untuk Bahtera.
Wajah Bahtera itu mendapat pujian daripada warganet. Ramai yang bersetuju mengatakan wajah Bahtera lebih mirip dengan wajah Elisya. Bahtera yang memakai jubah dan berkopiah berwarna putih itu menarik perhatian ramai. Pandai sangat Bahtera memandang ke arah kamera.

Menurut Elisya, walaupun dirinya dan Haq bukan lah ibu bapa yang sempurna tetapi mereka berjanji akan menjadi ibu bapa yang terbaik untuk Bahtera dan mencurahkan kasih sayang yang secukupnya. Harapan Elisya agar Bahtera membesar dengan sihat dan baik.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar seterusnya )
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 20 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Comelnyaaaa sayang mami sha dua2 ketul ni. membesar dengan sihat Amin.. yeay takyah letak emoji dah kan.. “
” MasyaaAllah.. comelnyaaaa… baby boy.. ikut muka Atoknya Jinggo ni. geram tengok bahtera dengan jubah dan kopiahnya tu.. cute sangat ni.. anak soleh mommy.. “
” Masyaallah tabarakallah sejuk kehadiran bunga n bby bahtera always sihat.. bijak didunia & diakhirat ye.. Kakak muka daddy, adek muka mummY.. “
” Cute baby bahtera pkai kopiah DAN jubah.. Elok pula tu tenguk depan heheh. Membesar dengan sihat.. semoga keluarga kecil ini sentiasa dlm rahmat Allah.. “
” MasyaAllah comelnya Bahtera.. Bahtera muka mommy sangatt.. Semoga Baby Bahtera membesar dengan sihat, berjaya di dunia dan akhirat.. “
” MashaAllah bahtera muka mommy.. Bunga muka daddy.. Kedua-duanya barokah.. comel sangat bahtera.. xpuas tengok muka dia.. “
” Masya Allah handsomenya anak soleh ni.. muka mummy sangat ni.. kakak muka daddy, adik muka mummy. adil dan saksama.. “
Akhirnya wajah Bahtera yang dinanti-nantikan oleh ramai warganet dapat juga dilihat. Comelnya Bahtera, sama comel dengan Bunga, pelengkap kehidupan Haq dan Elisya. Semoga Bahtera membesar dengan sihat selalu, menjadi anak yang soleh serta kebanggaan daddy dan mummy kelak.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Elisya Sandha
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Wah sedapnya nama adik Thalita ni. Senang nak sebut, tak berbelit.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Boleh tak kalau Elisya nak pinjam Papa RM10,000.. ” – Elisya Sandha
-
Artis / Selebriti5 days ago” Mummy pilih czer sebab dia.. ” – Shuib Sepahtu
-
Artis / Selebriti1 day ago” Fuhh dah macam muka Taylor Swift dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Muka Ara penuh subtitles tengok daddy dia menyanyi. Sampai tak terkata dah tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya suara, susah nak jumpa anak muda suara begini.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Kalau diberikan pilihan, saya nak pergi dahulu sebelum daddy. Sebab.. ” – Thalita
-
Artis / Selebriti5 days ago” Amboi Ara, pandai eh cover daddy dia. Kecil-kecil dah pandai jaga hati orang.. ” – Komen Netizen

