Connect with us

Artis / Selebriti

” Masuk air jenis apa ni Kak Lina Kepom, haha. Aku tak henti ketawa.. ” – Netizen

Video Opening Big Stage Minggu Ke 7 Gamat Dengan Gelagat Mencuit Hati Elly Mazlein Dan Rina Nose. Power LAh Kak Lina Nyanyi Lagu Ziana Zain Tu. Part Kak Lina Kena Singkir Tu Serius Lawak. Juri Pun Sama Naik Mengusik Kak Lina. Sampai Berpusing Atas Lantai Kak Lina Last Tu, Haha !!

Big Stage Musim 5 telah pun memasuki minggu ke 7 dan semalam Selebriti Memilih dipilih sebagai tema minggu ini. Penyanyi senior, Misha Omar tampil sebagai juri jemputan, manakala Namie pula hadir sebagai Presiden Netizen. Seperti minggu-minggu sudah, pasti ada sahaja gelagat hos Big Stage yang mencuit hati penonton.

Menerusi akaun Instagram Astro Awani, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan gelagat Kak Lina dan Rina. Opening Big Stage minggu ini menggamatkan seluruh dewan apabila Kak Lina dan Rina membuat battle menyanyi. Rina menjadi ‘ Lisa Blacklist ‘ menyanyi dengan cukup bertenaga.

Giliran Kak Lina pula, semua menjerit meminta Kak Lina lawan. Iyelah mana mungkin Kak Lina diam, tambahan pula Rina Nose dan Misha Omar mencabar Kak Lina untuk menyanyikan lagu Ziana Zain. Tak over bukan Kak Lina namanya, dengan backdrop mini stage lagi ala diva lah Kak Lina punya persembahan.

Ajai dan Aina juga begitu  sporting menyakat Kak Lina. Ketika memberi markah kepada Kak Lina, Ajai cuma memberikan markah 2 sahaja dan Rina menyatakan Kak Lina tersingkir. Apa yang mencuit hati, aksi Kak Lina berjalan ke belakang stage sambil menyanyi lagu tema Akademi Fantasia siap berjoget dengan penuh gembira kerana tersingkir, hehe.

Jom tonton video di bawah :

View this post on Instagram

A post shared by AstroAWANI (@501awani)

Perkongsian ini telah pun meraih perhatian warganet dan rata-ratanya terhibur melihat telatah Kak Lina. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Kalau kepom ada mmg best .. terbaik kepom dimana2 ada kepom mesti happening.. Tak tgk peserta Dan x tahu saper peserta…. tgk host jer hehe.. ”

” Adui kepom.. Entrance ke mini stage siap berpusing bagai. Ni barulah gaya Diva. Sape peserta sape host ni.. host lagi hebat dr peserta mcm mana ni.. ”

” Best best.. Haha.. Aku ngekek tgok 2 ketul ni. Smlm lawak g1le beb. Suka la gabungan dua gegurls ni hehee.. ”

” Baru cakap masa live tadi. tak pernah peserta af tersingkir ngan gembiranya.. tolong laa klu ada lagi event lepas ni invite laa dorg dua ni. mmg confirm tak kan jemu2 hahahahaahahah masuk air dua2nyaa.. ”

” Kak Lina tak pen4t ke haha. Aku tak hent1 ketawa, masuk air betul lah 2 orang ni haha. This duo host just kebaboommm haha. Terpaling luvvvv.. ”

” G1la betul dia berpusing atas lantai.. hahahaaa.. sak1t perut gelak, kak lina kak lina. makan apa lah kak lina energetic sungguh. Auto jadi kanak-kanak riang.. ”

” Masuk air jenis apa ni kak lina kepom haha. Banyak betul tenaga dia. Mengekek aku gelak.. Kepom kelakar lah, g1la betul lah kak lina ni.. ”

Happening sungguh apabila ada hos yang bertenaga seperti Kak Lina dan Rina ini. Salah satu tarikan untuk penonton kekal menonton kerana jenaka mereka itu. Kak Lina memang super energetic, siap berpusing atas lantai, hehe. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan dan semoga pembaca juga turut terhibur.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Astro Awani, IG Berita Kopak, IG Media Hiburan 

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT