Connect with us

Artis / Selebriti

” Masih tercari-cari apa perbezaan di wajah dorang.. ” – Netizen

Video Tracie Sinidol Dan Mira Filzah Digandingkan Bersama Dalam Sebuah Drama Buat Ramai Peminat Teruja. Wah Dah Nampak Macam Kembar Seiras Lah !!

Juara Dewi Remaja 2022 iaitu Tracie Sinidol sememangnya sering dikatakan seiras dengan pelakon Mira Filzah. Sejak bergelar juara, Tracie juga sudah mula membintangi beberapa buah drama dan bakat lakonannya tidak dinafikan.

Terbaru menerusi akaun Instagram, Tracie telah berkongsi sebuah video ketika dia sedang menjalani sesi penggambaran untuk drama terbarunya. Apa yang menarik ialah Tracie digandingkan bersama Mira dalam drama tersebut.

Klik gambar untuk info..

Menurut Tracie, ramai yang sememangnya ingin mereka berdua digandingkan bersama walaupun Tracie merasa ia sesuatu yang mustahil. Tetapi ia seperti sebuah impian yang menjadi kenyataan kerana akhirnya apa yang diharapkan tercapai.

Drama lakonan Tracie dan Mira ini akan bersiaran di aplikasi Viu Malaysia yang berjudul Gadis Masa. Tidak pasti apakah watak yang dipegang oleh Tracie dan Mira, namun pastinya ia sebuah drama yang sangat menarik. Wah, tidak sabar rasanya.

Jom tonton video di bawah :

Di ruangan komen, ramai peminat meluahkan rasa teruja melihat mereka berganding bersama. Antara komen-komen yang diberikan :

” Masih tercari cari apa perbezaan di wajah dorang mmg xde beza mcm real twins betul  yg penting dua dua cantik dgn cara tersendiri.. “

” Serupa sangat, suara pun sama.. Cuba lagi cari mcm ada 5 lagi tu muka sama mcm kamu yg bulum kana jumpa di dunia.. “

” Sukanya tengok dorng.. Vibe yang sama.. comelllaaa tracie ngn miraaa.. wow twins in the same frame.. Ala kena sub viu ke nk tgk… “

” Hi, keduanya, wauu kakak n adik laa, berlakon bersama, Kalau siti khadijah ada Kembar sama artis jugak ni no 2 sumpah sama .. “

” Cuba you pakai tudung and then snap pic w MF…nk tgk pls.. Mmg kamu yg terpaling serupa dengan mira filzah.. both gorgeous.. “

” Kembar, Cant wait.. aaaa tk sabaq nk tengak.. omg tracie & mira jadi bestie ke jadi siblings dalam cite ni.. Tracie look more Mira than Mira .. “

” U both look like a twin sister!! Finally in one screen.. Tracie dengan Mira macam adik beradik kembar lah ..  tak sangka betul² seiras oh .. “

Klik gambar untuk info..

Bak kata pepatah, seperti pelanduk dua serupa. Kedua-duanya sememangnya sangat seiras sehingga tidak nampak apa yang membezakan mereka. Agaknya kalau Tracie dipakaikan tudung semestinya ramai keliru yang mana satu Tracie dan Mira.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Tracie Sinidol

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT