Artis / Selebriti
” Baca voice over yang kerja belakang kamera pun Mira boleh nangis macam ni.. ” – Komen Netizen
Video Mira Filzah menangis teresak-esak ketika buat voice over untuk drama Mandul Bukan Pilihan undang sebak ramai. Sedihnya tengok, sampai macam tu sekali Mira menangis baca skrip. Betul-betul menghayati, sampai terkesan di hati..
Meninjau ke akaun Instagram Mira Filzah, perkongsian sebuah video yang memaparkan Mira membuat voice over untuk drama Mandul Bukan Pilihan telah mengundang sebak ramai. Walaupun sekadar rakaman suara, namun Mira sangat menghayati watak yang diberikan.
Ketika membacakan skrip, Mira menangis tanpa henti dengan watak yang dibawa olehnya sebagai Nabilla Intan. Drama tersebut telah pun melabuhkan tirainya dengan pengakhiran yang sangat menyentuh hati. Jadi tidak hairanlah penonton turut menitiskan air mata dengan episod akhir apabila melihat keadaan Mira dalam video ini.
Menerusi voice over tersebut, Billa yang menyampaikan surat terakhirnya kepada Aldi. Setiap bait-bait kata yang dilontarkan penuh dengan makna, seolah-olah menggambarkan perasaan sebenar seorang wanita yang berkorban dalam cinta, namun terpaksa melepaskan apa yang paling dicintai.

Perkongsian video ini telah menerima lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Momen tersebut turut meninggalkan kesan yang mendalam dalam diri Mira. Mira menyifatkan pengalaman ini sebagai satu perjalanan jiwa yang mengubah dirinya.
Jom tonton video di bawah :
Ramai peminat juga meluahkan rasa sebak dan tersentuh, malah menganggap penyampaian Mira begitu hidup sehingga membuatkan mereka seolah-olah merasai penderitaan watak Billa sendiri. Antara komen-komen yang diberikan :
” Saya yang belum kahwin pun banyak belajar dari drama ni. Sayang tak semestinya memiliki, mahu tak semestinya dimakbulkan dan apa yang dah dimiliki tak semestinya kekal. At the end of the day, ianya milik Allah dan semuanya hanya pinjaman.. “
” Miraaaaa awak ni betul2 anugerah Tuhan… bagi jelah apa watak punnn.. U nailed every part of it Mira thank you sebab hidupkan watak Nabilla Intan.. “
” Baru nak kering air mata.. nangisss lagiii.. Apa drama kak Mira lpsni? Awhhh tak sabarnyaaa nk follow rapat.
” Saya tak tngok lagi drama ni and now baru boleh start episode 1! Tak tau la kenapa rasa Lega dah habis sbb lama nya tahan nak tngok drama ni! Bismillah!.. “
” Buat VO pun mira nangis teruk. Acaner la penonton tak banjir sama semalam.. voice over ni lah buat saya nangis teruk sangat pukul 1 pagi .. “
” Sedih sangat last episod, menangis sebab sy teringat dekat arwah cousin sy meninggal bersalin and now ank sulung girl dah nak masuk 6 tahun suami masih tak berkahwin sampai skrg, cinta sejati .. “
” Baca voice over yang kerja belakang camera pun Mira boleh nangis camni. pelakon A+++. Gue lahh yang menangis semalam scene baca surat tu.. “
Bagi Mira, karya ini membuka matanya tentang realiti cinta yang tidak semestinya berakhir dengan kebahagiaan. Dengan lakonan suara penuh jiwa ini, Mira sekali lagi membuktikan yang bakatnya bukan hanya di layar kaca, tetapi juga mampu menyentuh hati melalui setiap patah kata.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Yusofalqardawi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Korang pernah terfikir tak macam mana Erra Fazira takde WhatsApp.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Hujung tu camera dah goyang sebab Mummy dah start nak menitik air mata dengar ucapan you.. ” – Watie
-
Artis / Selebriti3 days ago” Cantiknya anak Mr E ni. Wajah lembut je, ada iras anak Erra, Aleesya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Anak pak beruang pun, beruang lah Tiara oi. Berdekah makcik dengar tau, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Suka dengar cara Erra dan Mr E approach Aleesya dan Sofia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti22 hours ago” Allahuakbar, bila redha dengan kehidupan yang Allah atur. Tetiba sebak tengok Hadie dengan Mawi.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Sekali tengok muka awak pula dah macam hang.. ” – Erra Fazira
-
Artis / Selebriti5 days ago” Aku la dua orang ni. Drama ek masing-masing, haha.. ” – Komen Netizen

