Artis / Selebriti
” Dia orang berpakat la, haha. Namie gula-gulakan kita semua weh.. ” – Netizen
Video Penjelasan Namie Dan Aepul Roza Mengapa Suara Namie Macam Suara Aepul Buat Ramai Terhibur. Alahai Patut Lah Suara Sama, Ini Kisah Sebenar Yang Ramai Tak Tahu !!
Penampilan Helang dalam The Masked Singer Malaysia Musim 4 baru-baru ini memang membuatkan ramai yang keliru. Malah sampai ke peringkat akhir pun, nama yang dicanang adalah Aepul Roza kerana suara Helang memang kedengaran agak sama seperti Aepul.
Meninjau akaun Tiktok Norsahrina86, telah dikongsikan satu video yang memaparkan perbualan ketika Namie dan Aepul sedang live. Kata Aepul, dia sudah menyedari Helang adalah Namie ketika di minggu ketiga. Mendengar suara dan cara jalan, Aepul yakin itu adalah Namie.
Aepul juga menjelaskan mengapa suara Namie kedengaran sepertinya. Rupa-rupanya Aepul adalah manager kepada Namie ketika program realiti Mic on Selebriti sebelum ini. Sejak dari awal lagi, Aepul tahu Namie ada bakat dalam nyanyian dan lenggok suaranya seperti Aepul.

Warganet terhibur mendengar perbualan antara Namie dan Aepul ini. Kata Aepul, dia melayan sahaja ketika peminat berjumpa di luar dan meminta untuk membuat gaya Helang. Alahai mana lah orang tak bertambah yakin Aepul adalah sang Helang. Bijak betul Namie menggunakan kelebihan yang ada.
Jom tonton video di bawah :
( Sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar )
@norsahrina86 Al kisah kenapa suara namie dengan Aepul lebih kurang.kena tengok sampai habis… #themaksedsingermalaysia2 #mathelang #namie #namiesmy #aepulroza #norsahrina86
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 17 ribu tanda suka daripada warganet setakat artikel ini ditulis. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ye wehh mat1-mat1 ingt epul… skli kna scam haha. Lucu memang kena scam teruk dengan Mat Helang ni.. ”
” Haha pandai ye Namie gula-gulakan netizen haha.. Pandai Namie tiru suara Epul. Terbaik lah Namie.. ”
” Aepul dah cakap memang dia orang ada persamaan.. Mic on tempat ke 3, masked singer tempat ke 2.. terbaik lah Namie.. ”
” Dia orang berpakat la haha.. memang epul yang menyanyi . time buka maskot tu tukar pi namie.. hahah sampai ke tengah malam aku layan teka teki dorang ni ”
” Masalahnya, aku igtkan suara nyanyi je sama, suara cakap biasa pun sama. bila pejam mata xtau sapa yg ckp.. ”
” Tertipu aku.. memang suara sama Aepul dengan Namie ni.. Disebabkan Namie, aku dengar balik tiga malam tanpa bintang.. ”
” 4 musim, Mat Helang ni je lah sampai ke reveal xde sape teka betul.. Hebat.. aku ni mmg peminat aepul roza. mati2 aku ngt helang tu aepul. suara sebijik power2.. ”
Memang boleh tertukar Namie dan Aepul ni, suara bercakap pun serupa sahaja. Aepul pun sporting, sudah tahu itu Namie pun tetap diam dan layan sahaja peminat yang menegur. Apa-apa pun, tahniah Namie dan terus kembangkan bakat yang ada untuk mencapai lebih banyak lagi kejayaan selepas ini.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Norsahrina, IG Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti3 days ago” Berapa tahun you ? Mummy I tipu.. ” – Eidrees
-
Artis / Selebriti5 days ago” Kak Erra dah panik dah korang cakap dia cakap kasar dengan suami.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Bila bergabung dengan Kak Lina ni, menari pun boleh. Jadi siapa yang number syatuuu sekarang.. ” – Que Haidar
-
Artis / Selebriti2 days ago” Afiyah tau ke sebelah tu kakak angkat dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wei tahu- tahu tinggi dah budak ayam guring ni. Suara dia sebijik dengan Tomok masa muda dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Bella ni apa je tak leh buat, multitasking betul. Cantik betul gubahan dia buat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Adoi Syafiq Kyle, tersedak aku makan dengar dia karok. Terkejut dengar, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti16 hours ago” Bila benda macam ni berlaku, tak boleh jumpa anak bila-bila masa. Benda tu memang tak best.. ” – Zain Saidin



