Connect with us

Artis / Selebriti

” Masalah muka penuh subtitle la Abang Long ni, cuba cover sikit. Nafi tapi sengeh-sengeh, haha.. ” – Komen Netizen

Video respon Fattah Amin apabila diajukan soalan tarikh nikah 25.05.25 curi perhatian warganet. Amboi jawapan Abang Long ni kan, ayat tu tak seiring dengan mimik muka. Muka ada subtitle, betul ke tu Abang Long, hehe.. 

Tular diperkatakan oleh warganet mengenai tarikh pernikahan Fattah Amin dan Amira Othman pada 25.05.25. Semua ternanti-nantikan dan tidak sabar untuk melihat apa yang bakal terjadi pada tarikh tersebut. Kesempatan bertemu Fattah digunakan oleh pihak wartawan untuk bertanyakan tentang isu nikah ini.

Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Amin Hazlan, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Fattah menjawab adakah benar dia dan Amira akan bernikah pada tarikh itu. Fattah menegaskan dia sendiri tidak tahu menahu mengenai tarikh yang disebut-sebutkan.

Untuk waktu sekarang, antara Fattah dan Amira masih lagi rakan sekerja. Kata Fattah, mungkin peminat suka untuk melihat Fattah dan Amira. Wartawan juga mengajukan soalan berkaitan baju sedondon yang sering dipakai oleh Fattah dan Amira dalam banyak acara.

Fattah juga kerap bertemu dengan keluarga Amira dan baru-baru ini, keluarga Fattah dan keluarga Amira sama-sama berada di Singapura untuk satu event. Jawapan Fattah untuk kesemua persoalan ini cukup simple sehinggakan wartawan sendiri tergelak mendengar jawapan itu.

Jom tonton video di bawah :

@amin_hazlan

Fattah nafi dakwaan nikah 25 Mei ini, kebetulan selalu sedondon dengan Amira Othman

♬ original sound – Amin Hazlan – Amin Hazlan

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 1000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :

” Dalam hidup ini tiada kebetulan. Semuanya takdir. couple kebetulan.. Masalah muka penuh subtitle la abang long ni cer cover sikit, haha.. “

” Muka FA bila jawab soalan dari wartawan memang penuh dgn subtitles ekk tapi tak apa kami faham je . neyyyy haha.. “

” Part ckp ‘rakan sekerja’ je muka menyenggih.. masa artis2 lain XD pulak menyenggih2.. xpela abg long Kita org buat2 xfhm jerla.. neyhh.. “

” Sy rasa dia saja ja jawab kebetulan.. pdai2 la kita validate hihi.. Kebetulan kawan baik dn rakan sekerja.. klu mereka kawin pun kebetulan.. nati dpt anak pun kebetulan.. semua nya kebetulan.. “

” Banyak betul kebetulan ko ekk Fattah, neyyy haha.. Pergi raya rumah Amira pun kebetulan haha.. adui aku tergelak dengar jawapan Fattah ni.. “

” Fattah ni kalau orang baca statement dari media mesti ramai sedih tapi kalau tengok dia kena interview kelakar je. Nafi tapi sengeh-sengeh.. Insha Allah akan sampai masanya tu.. “

” Muka ada subtitle.. cakap sambil pegang bibir … hmm.. senyum seribu kata kan haha.. sengeh penuh makna.. abg long nafi tarikh tu je, tak nafi semua pun.. “

Teka teki berkenaan tarikh 25.05.25 akhirnya terjawab dan tiada apa-apa yang bakal terjadi pada tarikh itu antara Amira dan Fattah. Apa-apa pun, semoga yang baik-baik sahaja untuk Fattah dan Amira. Sama ada berjodohan atau tidak, semoga persahabatan mereka berkekalan sampai bila-bila.

Silakan SHARE..

Sumber : Tiktok Amin Hazlan

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Excel Hana
Glad2Glow Serum

Trending

Copyright © Berita Kopak