Artis / Selebriti
” Masa Nabil jadi Dato’ K, adeh berdekah kita. Sakit perut gelak.. ” – Komen Netizen
Video gelagat Bella Astillah, Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin yang begitu teruja apabila DS Siti Nurhaliza memberikan komen dan gifts ketika mereka sedang live buat ramai terhibur. Part Nabil buat misai Dato’ K tu kelakar, berdekah semua gelak, haha..
Bella Astillah kini menjadi penyampai bersama geng 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Pak Azad dan Radin. Ke udara setiap hari Isnin, ada sahaja gelagat mencuit hati apabila mereka bersama. Seperti biasa, Era akan membuat live sepanjang mereka ke udara dan pendengar boleh melihat apa yang berlaku di dalam studio ketika itu.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok y4y4w33ntwo, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Bella bersama 3PE semalam. Riuh apabila biduanita negara, Dato’ Seri Siti Nurhaliza turut mengikuti live Era dan meninggalkan komen.
Ianya disedari oleh Bella apabila membaca komen-komen daripada viewers memberitahu DS Siti memberikan komen. Bella yang excited menegur DS Siti dan bercerita Bella sendiri membeli tiket untuk hadir ke konsert DS Siti yang bakal berlangsung nanti.

Bella dan geng 3PE turut berkaraoke menyanyikan lagu DS Siti berjudul Purnama Merindu. Nyanyian dan telatah mereka menghiburkan semua yang menonton. Nabil pula membuat perangai apabila berlagak seperti Dato’ Khalid Jiwa. Misai kontot buatan Nabil itu memang kelakar.
Jom tonton video di bawah :
@y4y4w33ntwo Bila Tokti komen dan bagi gift dekat live 3 pagi ERA #vitaminbass #bellaastillah #bellax3pagiera #eraje
Lebih 1000 tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Masa nabil jadi Dato K.. adehhhh.. dekah kita.. sakit perut gelak.. terhibur tengok dia org… bella macam budak spm je.. “
” Nabil buat hal lah.. Nabil ni kan, dengan misai jadiannya tu. mesti tokti pun tergelak sama tengok muka nabil tu.. “
” Nabil ni random haha.. tokti very supportive.. sakit perut aku tengok nabil tu. panjang betul akal terpikir nak jadi dato’ k, haha.. “
” Suka tengok bella dengan abang abangnya ni.. best gabungan korang berempat ni, tahniah.. semangat selalu.. “
” Saya beli kenangan hahah.. pak azad ni pun ada je lawak randomnya tu.. Excited semua bila tokti masuk live.. dapat gift banyak pulak tu.. “
” Seronoknya tokti masuk live.. bukan orang awam je eh excited, yang artis pun seronok bila tokti join live dorang.. aura tokti tu lain macam.. “
” Lawak lah geng pagi Era ni, berdekah aku ketawa dengar masing-masing menyanyi. tengok nabil jadi ala-ala dato k tu nak terkencing ketawa.. nabil nakal betul.. “
Gamat konti apabila 3 Pagi Era bersama Bella, masing-masing masuk air dan serasi bersama. DS Siti pula teramat sporting dan pemurah memberikan banyak gifts untuk Bella dan abang-abangnya ini. Semoga Bella dan 3PE terus menjadi slot kesukaan ramai dan menghiburkan semua pendengar Era FM.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok y4y4w33ntwo
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti3 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti6 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen

