Artis / Selebriti
” Marah member, time cuti sekolah lah nak bangun lewat.. ” – Netizen
Tersilap Hantar Anak Ke Sekolah Pada Hari Cuti, Gelagat Anak Adira Suhaimi Yang Marah Buat Ramai Terhibur. Amboi, Tajam Betul Jelingan Si Kakak. Si Adik Dah Menguap Tahan Mengantuk, Haha !!
Sebagai seorang ibu, pastinya sudah menjadi rutin harian dalam menguruskan anak-anak. Inilah yang dikongsikan oleh Adira Suhaimi yang mana setiap hari Adira akan menghantar anak-anaknya ke sekolah dengan menaiki kenderaan.
Namun lain pula jadinya apabila Adira terlupa apabila sekolah masih lagi bercuti sempena perayaan Deepavali. Video yang berdurasi beberapa saat ini memaparkan gelagat dua orang anak perempuan Adira yang kelihatan marah apabila ibunya tersilap menghantar mereka ke sekolah pada hari cuti.
Kedua-duanya sudah pun berpakaian uniform sekolah dan pastinya agak kecewa kerana terpaksa bangun pagi ketika hari cuti. Malah salah seorang anak perempuan Adira sudah mula menguap tanda masih lagi mengantuk, manakala si kakaknya pula memberi jelingan tajam.

Perkongsian video ini telah menerima ribuan tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Nampaknya Adira perlu membuat sesuatu agar reda rasa marah anak-anak tu, hehe. Walaupun marah, kedua-dua anak Adira ni nampak comel.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, ramai netizen yang berkongsi situasi yang sama seperti Adira. Antara komen-komen yang diberikan :
” Kakak dah rengsek dengan ami jeling tak kelip ya.. Sbb time anak sekolah la baru ami boleh me time kan .. Dalam hati bebudak tu dah kenapaaaa ehhh.. “
” Aduhaii kengkadang begitu emak3 makin ilang ingatan tk teringat.. ami ni……. sebagai denda bwk semua g jalan2…. ger4m tul kakak tu dgn ami.. “
” Hahahaha sama plak kita.. pagi ni gerak anak suruh siap ade kelas, terpinga2 la 2 org tu..dh smp rumah cukgu kenapa masih tutup pintu.. Yaallah public… anak dh bagi salam, masuk ajelah.. “
” Hahahhaa comel je anak dia marah sama la macam perangai anak aku kalau mama yg buat salah jelingan maut dia bagi … tapi kalau depa yg buat salah … mama sorry mama janji tak buat lagi .. “
” Marah member, time cuti sekolah la nak bangun lewat. Spoil mood dia ami kejut awal .. pandangan tanpa kata2 lebih tajam.. dari mulut yg berkata2.. haha.. “
” Semangat bha kau ni ami balik2 sambung tidurr.. Haha aku pun pernah lupa ank cuti. Byk sgt dlm kepala .. paham sangat perasaan tu. Dah beberapa kali berlaku dengan diri sendiri .. “
” Kita plak lain ceritanya.. wsp ticer tny cuti smp bila.. tb2 kena mrh dgn ticer.. kes nya ticer infom bulan lps tentang cuti deepavali.. mak2 plak byk mikir smp lupa.. “
Maklumlah apabila terlalu banyak perkara yang difikirkan dalam kepala, pastinya kita akan terlupa sesuatu yang penting. Perkara yang sering bermain di kepala ialah rutin harian yang sering dilakukan. Nampaknya Adira terpaksa melupakan ‘ me time ‘ kerana anak-anak masih bercuti.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Adira Suhaimi
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Saya yakin ada beribu orang jadi sebak dengar Ara jawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Yang penting sekali, Mama mahukan bakal menantu Mama itu seorang yang.. ” – Mama YB Saddiq
-
Artis / Selebriti4 days ago” Dia bocorkan sepenuh hati rahsia kali ni. Lama sangat dah menyimpan rahsia YB Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part ‘mudah-mudahan anakku Bella yang disayangi’, kita dah rasa sebak sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Terus berair mata aku daa. Weh sebak, apeni main jiwa betul ayat Ayden.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Kening memang pemenang, hidung macam lepas operation, bibir nampak baru lepas inject.. ” – Norreen Iman
-
Artis / Selebriti2 days ago” Nangis dengar kata-kata Mama dan Abuya YB. Simple tapi mata aku berkaca-kaca.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Nasib tengok sampai habis video ni. Luar biasa rating YB bagi nasi ayam Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen



