Artis / Selebriti
” Macam mana sebenarnya terfikir nak bagi bunga Emas tu. Erra Fazira pun tak tahu kan ? ” – Aisha Mazlin
Suami Erra Fazira, Ezwan Zain kongsi cerita macam mana boleh dapat idea untuk memberikan Pokok Bunga Emas kepada isterinya di Majlis Pernikahan mereka. Betul-betul surprise ni, Erra pun tak tahu..
Pelakon dan penyanyi terkenal, Erra Fazira telah selamat bergelar isteri kepada usahawan, Ezwan Zain dalam sebuah majlis pernikahan yang berlangsung penuh indah di Rinjani Majestic, Kampung Melayu Subang, Shah Alam, pada pagi tadi.
Salah satu detik paling mencuri perhatian pada hari bahagia pasangan ini adalah mas kahwin istimewa yang diterima oleh Erra. Ezwan menghadiahkan isterinya sepokok bunga emas yang menjadikan moment tersebut antara sorotan yang paling hangat diperkatakan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram milik Hot FM, telah dikongsikan sebuah video yang memaparkan geng Hot Squad iaitu Fizi dan Aishaa menelefon Ezwan Zain bagi bertanyakan lebih lanjut mengenai pokok bunga emas yang dihadiahkan kepada isterinya, Erra Fazira pada majlis pernikahan mereka.

Menurut Ezwan, hadiah tersebut sebenarnya merupakan kejutan istimewa dan Erra langsung tidak mengetahui mengenai perancangan itu. Jelasnya lagi, pokok bunga emas tersebut mengandungi 24 keping dinar emas seberat sekitar 102 gram dan ia merupakan idea dirinya sendiri untuk dijadikan simbolik dalam hantaran pernikahan mereka.
Tonton video di bawah ini :
Bukan sahaja pokok bunga emas itu mencuri tumpuan, malah hantaran dalam talam yang diangkat menggunakan tandu turut menjadi perbualan hangat dalam kalangan warganet. Ada yang mengatakan bahawa cara hantaran itu dibawa seakan mengingatkan kepada suasana berkaitan kema tian kerana seperti membawa keranda. Perkara tersebut turut diajukan oleh Fizi Ali kepada Ezwan untuk mendapatkan penjelasan lanjut mengenai hal tersebut.

Menerusi perkongsian video kedua pula, Ezwan turut menitipkan ucapan istimewa buat Erra selepas mereka sah bergelar pasangan suami isteri. Dalam nada penuh syukur, Ezwan menzahirkan rasa terima kasih dan penghargaan terhadap isterinya itu, sambil mendoakan agar perjalanan rumah tangga mereka sentiasa dipermudahkan.

Silakan SHARE..
Sumber :IG hotfm976
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti6 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti6 days ago” Cepatnya Lara besar. Rasanya baru je tengok Lara masa kecil-kecil.. ” – Komen Netizen

