Connect with us

Artis / Selebriti

” Macam kakak dengan adik, bahagia sangat.. ” – Netizen

Norman Hakim Kongsi Video Behind The Scene Melayan Kerenah Memey Suhaiza Dan Abby Abadi Membuat Video Tik T0k. Kemesraan Memey Dan Abby Raih Perhatian Peminat. Memang Sempoi Habis, Norman Pun Sporting Sangat !!

Ekoran masalah ketiadaan air di beberapa kawasan dalam negeri Selangor, Norman Hakim dan isterinya, Memey Suhaiza dan mantan isterinya, Abby Abadi memutuskan untuk membuat percutian ‘sejengkal’ dan menginap di hotel tengah ibu kota.

Membawa bersama semua anak-anak mereka, pasangan ini sememangnya sering menarik perhatian peminat kerana kemesraan yang ditunjukkan. Memey dan Abby juga seperti belangkas, ke mana-mana sahaja sering bersama.

Meninjau akaun Instagram Norman Hakim, telah dikongsikan keadaan sebenar behind the scene ketika Memey dan Abby membuat satu video Tikt0k. Norman yang merakamkan aksi Memey dan Abby juga tidak dapat menahan ketawa melihat gelagat kedua-duanya yang melucukan.

Cerita Norman lagi, kec0h suasana dengan ketawa seperti berada di restoran sendiri. Video Tikt0k ini dapat dilihat pada perkongsian terdahulu Norman. Dengan cekak pinggangnya, Memey dan Abby menggeletek hati peminat yang menonton.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian oleh Norman ini telahpun merekodkan sebanyak 142 ribu tontonan setakat ini. Rata-ratanya terhibur melihat cara Norman melayani kepala ‘ting t0ng’ Memey dan Abby. Antara komen-komen yang dapat kami kongsikan :

” Ad0i korang ni memang buat kita mengekek ngekek gelak. Suka sangat tengok bonding family ni. Bagus papa melayan je, sporting amat.. “

” Ulang ulang saya tengok, lawak betul. Semp0ilah, bestnya tengok Memey dengan abby dah macam adik beradik je. Baik betul.. “

” Ad0i kelakarla, papa layankan je mummy dan mama bertikt0k haha. Berapa kali ulang tengok mengekek, lawak depa ni.. “

” Ad0i lawak la, dua dua pelakon tu. Tetiba nak buat tikt0k dah ke laut dalam jadinya hehe. Ulang tengok duk gelak sorang sorang, happy family.. “

” Haha kelakar betul behind the scene dia. Anak tengah tidur. Seks4 betul gelak tahan tak nak keluar bunyi ni.. “

” Terbaik family ni, semoga ikatan harmoni ini sentiasa berkekalan. Macam kakak dengan adik, bahagia sangat.. “

” Lawak g1la, boleh sak1t perut gelak melayan dia orang ni. Suka tengok, penuh dengan kasih sayang dan keikhlasan.. “

” Sweetnya hubungan Memey dan Abby, syukur alhamdulillah. Tak boleh bergabung 2 orang ni, sak1t perut suka haha.. “

Boleh ketawa terbahak peminat melihat gelagat Memey dan Abby ni. Hubungan baik yang dikagumi dan menjadi inspirasi untuk semua peminat mereka. Semoga hubungan baik ini berkekalan sampai bila-bila dan gembira bersama selalu.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Norman Hakim, Memey Suhaiza

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright Β© Berita Kopak

##FREAKOUT