Artis / Selebriti
” Macam dengar Dato’ Jamal dengan arwah Siti Sarah menyanyi lah kalau pejam mata.. ” – Komen Netizen
Video Zaki Yamani dan Thalita berduet menyanyi lagu Sandarkan Pada Kenangan raih perhatian ramai. Masing-masing suara sebijik macam mak dan ayah mereka. Meremang dengar..
Menerusi akaun Instagram Dato’ Seri Siti Nurhaliza, perkongsian sebuah video yang memaparkan Zaki Yamani, Thalita, Dato’ Seri Siti dan Umairah dalam sebuah majlis telah meraih perhatian ramai. Menerusi video tersebut, Zaki telah berduet dengan Thalita.
Mereka menyanyikan lagu berjudul Sandarkan Pada Kenangan yang merupakan nyanyian asal Dato’ Jamal Abdillah dan arwah Siti Sarah Raissuddin. Umum mengetahui yang Zaki merupakan anak kepada Dato’ jamal, manakala Thalita pula merupakan anak kepada Siti Sarah.
Apabila mendengar mereka menyanyikan lagu ini, suara mereka sangat persis dengan penyanyi asal. Suara Zaki sememangnya mempunyai ciri-ciri seperti bapanya ketika muda serta suara yang sama. Begitu juga Thalita yang mewarisi lenggok nyanyian seperti ibunya.

Perkongsian video ini telah meenrima lebih dua ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Ramai menyatakan seperti mendengar nyanyian seperti ibu dan bapa mereka kerana suara mereka yang hampir sama.
Jom tonton video di bawah :
Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” MashaAllah mcm dengar dato jamal dgn arwah siti sarah menyanyi la klu pejam mata.. weh sdpnyaaa dektaaaa, dh pndai buat vokal centu.. “
” Besarnya ciptaan tuhankan…. Allah beri bakat ikut turun menurun ke keturunan…. segak ..mcm Abah dia .dgn gaya dia sebiji mcm ..Datuk Jamal .. “
” Suara zaki bertambah sedap. Adoii Kalau mak iti yg masuk terus jatuh. Dekta…your confidence+ Performance + Voice + Soul…perfect dear.. “
” Suara arwah ibu + effort ayah yang sentiasa support + mak tiri yang syg mcm anak sendiri = talita.. Smart mcm bapak dia juga,ni betoi klon jamal.. “
” Wajah sperti datuk jamal masa muda.. Aku tengok Zaki ni sebiji muka Ayahnya Datuk Jamal Abdillah.. suara hampir2 tapi feeling xsama.. “
” Dah makin matang dekta.. semakin naik best suaranya.. semoag dekta berjaya some day.. Zaki ni sgt2 seiras ngn suara ayah dia.. Osama ada kurang sikit.. “
” Thalita you dah prove yang apa orang cakap suara u tak sedap apa semua tu sebenarnya salah . suara you paling sedap sayangg sama macam ibu you , ibu mesti bangga.. “
Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Zaki dan Thalita mewarisi bakat seni daripada ibu dan bapa mereka. Semoga Zaki Yamani dan Thalita terus berjaya dalam industri hiburan tanah air seperti mana ibu dan bapa mereka.

Silakan SHARE..
Sumber : IG CTDK
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Unik suara Uwais. Sambil duduk tarik high note, padu sangat ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Apa susah sangat nak sebut mak dia ni.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti1 day ago” Cikgu Shariffah tak kenal ke suara anak Cikgu tu. Kami seimbas lalu dah kenal dah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Wow, Raudhah speaking bunyi slang British… ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Sayang beli apa ? Sayang sibuk bercinta masa tu.. ” – Ezwan Zain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tak handsome lah, biasa lah.. ” – Tengku Hassanal
-
Artis / Selebriti2 days ago” Love sangat Janam Janam versi Hussain ni. Ni la penghibur, semua dia tapau.. ” – Komen Netizen

