Artis / Selebriti
” Love birds ni kan, bersemut baca wish Zahirah.. ” – Netizen
Perkongsian Zahirah Macwilson Ucapan Selamat Hari Lahir Dan Throwback Gambar Kenangan Bersama Aiman Hakim Ridza Raih Perhatian Warganet. Alahai Sweetnya Aiman Dan Zahirah Ni. Jangan Ada Yang Panas Sudah, Hehe !!
Dalam ramai-ramai pasangan selebriti dalam industri, nama Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza antara yang selalu jadi sebutan. Dari zaman bercinta sehingga lah berkahwin dan ada anak, mereka tetap sweet dan romantis apabila bersama.
Hari ini, tanggal 17 Januari merupakan ulangtahun Aiman yang ke 34 tahun. Meninjau akaun Instagram Zahirah Macwilson, telah dikongsikan beberapa keping gambar dan video throwback Zahirah bersama Aiman dan anak mereka, Isaac Raees.
Sempena ulangtahun kelahiran Aiman ini, Zahirah menulis ucapannya di ruangan kapsyen. Bangga dengan segala yang sudah Aiman capai, kasih sayang dan kesabaran Aiman sangat berharga untuk Zahirah. Zahirah turut menitipkan doanya agar Aiman sentiasa dirahmati Allah dan diberikan kesihatan dan kebahagiaan.

Melihat pada gambar dan video yang dimuatnaik, semua kenangan manis buat mereka diceritakan di dalamnya. Kegembiraan bergelar suami isteri, naik satu step sebagai mommy dan daddy dan tak lama lagi bakal bertambah seorang lagi cahayamata, perjalanan kehidupan Zahirah dan Aiman ini menarik perhatian wargamaya.
Jom baca perkongsian di bawah :
( Klik butang KANAN > untuk melihat gambar dan video seterusnya )
Sehingga kini, perkongsian ini telah pun meraih lebih 25 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy birthday Aiman Hakim Ridza.. Semoga bahagia di dunia dan akhirat hingga ke jannah.. ”
” Any girl can be a girlfriend, but the best one will be the wife.. i like this quote so so much.. deep sangat.. ”
” Perfect family.. semoga zahirah dan aiman akan kekal ke jannah dan bahagia selalu. Abaikan parasit yang cuba nak rosakkan kebahagiaan awak.. ”
” Zahirah ni sempurna betul, cantik sangat.. perfect couple.. jangan meroyan si dia nengok posting ni.. ”
” Happy birthday aimanhakimridza.. Its been years since ive seen you. Sending love to you too Ira zahirahmacwilson and of course to Isaac aswell.. ”
” Ada yang sedang kepanasan tapi bukan cuacanya. Semoga zahirah and aiman kekal together sampai bila bila Amiin.. ”
” Love birds ni kan, may both of you love lasting till jannah. Keep love each other.. Semoga menjadi keluarga sakinah mawaddah warrohmah always. Loveeeeeeee.. ”
” MasyaaAllah Tabarakallah. bersemut sungguh baca wish Zahirah ni. Semoga dimurahkan rezeki serta dalam Rahmat dan lindungan Allah sentiasa.. ”
Seronok warganet melihat kebahagiaan Zahirah dan Aiman ini. Kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari lahir Aiman. Semoga Aiman dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, diberikan nikmat kesihatan dan bahagia selalu bersama keluarga tersayang.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Zahirah Macwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti4 days ago” Fitnah dah semakin melampau. Awak seperti ada access semua personal melibatkan saya dan bekas isteri.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti4 days ago” Saya tak cakap Hussain nyanyi tak bagus. Hussain bukan vokal spec competition tapi.. ” – Ajai
-
Artis / Selebriti6 days ago” Wow, ngam pulak duet 2 beradik ni. Sedap sangat, legasi Papa Meng.. ” – Komen Netizen



