Artis / Selebriti
” Mesti mummy tak sangka plot twist daripada Isaac kan, sampai terkedu mummy.. ” – Komen Netizen
Video gelagat anak Zahirah Macwilson, Isaac Raees ketika mereka bercuti menggunakan campervan buat ramai terhibur. Pot pet pot pet, Tak berhenti Isaac bercakap. Part masa Isaac bagi pesanan pada Zahirah tu sweet sangat. Tapi tak sangka last sekali tu jadi lain pula, hehe..
Meninjau di akaun TikTok milik fansofisaacraees telah dikongsikan beberapa video yang memaparkan pelakon Zahirah Macwilson dan suaminya, Aiman Hakim Ridza serta dua anak mereka, Isaac Raees dan Inara Raisa menikmati percutian bersama.
Percutian keluarga kecil ini menggunakan kenderaan jenis campervan untuk menjelajah tempat-tempat yang ingin mereka pergi. Menerusi video itu, ditulis pada awalnya Aiman telah membawa Isaac mandi di bilik air di kawasan perkhemahan. Namun, Isaac ada bertanya adakah mereka sudah tidak ada lagi rumah kerana perlu mandi di tempat seperti itu.
Selepas itu, giliran Zahirah pula pergi mandi dan kedengaran pelbagai pesanan telah diberikan oleh Isaac kepada Zahirah. Sesudahnya Zahirah mandi dan kembali ke campervan, Aiman bertanya kepada Isaac adakah dia masih suka untuk tinggal di dalam campervan.

Jawapan yang diberikan oleh Isaac ketika Aiman menyakatnya membuatkan ramai terhibur. Lagi-lagi melihat reaksi Zahirah yang turut terkejut. Sehingga kini, video percutian Zahirah bersama keluarga ini telah ditonton lebih 434 ratus ribu tontonan sejak ia dimuatnaik ke akaun TikTok.
Tonton video di bawah ini (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@fansofisaacraees Sweet boy ❤️🇳🇿 #aimanhakimridza #zahirahmacwilson #isaacraees #inararaisa #zahirah #aimanhakim #newzealand
♬ original sound – Aiman Zahirah Isaac Inara – Aiman Zahirah Isaac Inara
Di ruangan komen rata-ratanya terhibur dengan gelagat Isaac dan pelbagai respon telah diberikan oleh warganet. Antara komen-komen menarik adalah :
” Mesti mummy tak sangka plot twist daripada Isaac kan, sampai terkedu mummy.. Kelakar betul budak bertuah sorang ni, hahaha.. “
” Hahaha lawak lah Isaac.. Btw bgs dorang niii.. Ank dorang ckp melayu takderrr nye pelet terukk mcm nk artis lain.. Isaac cakap melayu boleh, speaking boleh. Terbaikkk.. “
” Ank lelaki memang sgt rapat dgn mummy.. Cair dgr kata2 dia kt mummy dia.. Sweet sgt dia jaga betul mummy dia.. Ni mcm lh hero.. “
” Alamak, awal2 tengok mcam tak happy, last2 suka pula kalau rumah jual, hahahahaa.. Isaac ni memang kelakar lah, terkejot mummy dengar tau, haha.. “
” Aku percaya diorang didik dia diorang dengan penuh kasih sayang. Tengok lah cara diorang bckp. tertib sungguh.. I like.. “
” Cute pula dia tanya mummy dia ok ka tak, hahahaa.. Isaac suka tinggal dalam van rupanya, tak rumah yer, hehehee.. Hbis lah mummy dan daddy.. “
” Dia ni kalau cakap mesti kelakar, hehe tapi nampak cerdik sangat anak Zahirah ni.. Dah besar dah dia.. Mulut tu potpet tak berhenti, hehe.. “
Terkedu dibuatnya Zahirah apabila mendengar jawapan Isaac tu. Selain itu, ada juga memuji cara didikan Zahirah dan Aiman terhadap Isaac yang dikatakan begitu beradab ketika bercakap. Apa-apa pun, semoga Isaac terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang baik buat ibu bapanya.

Silakan SHARE..
Sumber : TikTok fansofisaacraees, IG zahirahmacwilson
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago” Anggrek pun, saya pun memang sangat okay dia juara. Kecewa tu.. ” – Hussain
-
Artis / Selebriti6 days ago” Dari aku muda sampai ke tua tak habis-habis Azura.. ” – Ogy Ahmad Daud
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kakak sama dengan kita, nombor 4.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti13 hours ago” Ada yang bertanya, kenapa saya tak teman anak ini ke mahkamah ? Kenapa biarkan dia seorang.. ” – Abby Abadi
-
Artis / Selebriti3 days ago” Itu Anggrek punya. Anggrek nak buat apa ? ” – Adira Suhaimi
-
Artis / Selebriti2 days ago” Perkara ini melibatkan Umisya dan anak-anak saya juga.. ” – Aslam
-
Artis / Selebriti1 day ago” Penjara bukan setahun dua. Silap silap anak anak Bella mungkin dah besar dah.. ” – Zaidel Baharudin
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kita pun agak keliru yang mana satu tapi.. ” – Datuk AC Mizal

