Artis / Selebriti
” Is that daddy ? Haaa go to jail, now.. ” – Isaac Raees
Aiman Hakim Ridza kantoi makan coklat anaknya, video Isaac Raees mengomel sambil menunjukkan bukti buat ramai terhibur. Terus suruh daddy go to jail. Lawak lah Isaac, haha..
Aiman Hakim Ridza bersama Zahirah Macwilson dan anak-anak mereka, Isaac Raees dan Inara Raisa kini sedang menikmati percutian mereka di New Zealand. Memandangkan Aiman ada penggambaran di sana, Aiman menggunakan peluang itu untuk membawa isteri dan anak-anak bersama.
Meninjau entry terbaru di akaun Instagram Isaac Raees, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Isaac yang mengomel kerana coklatnya telah dimakan oleh seseorang. Isaac memegang cebisan plastik coklat berwarna merah di tangannya dan mengatakan itu adalah bukti.
Aiman dan Zahirah hanya tergelak mendengar celoteh Isaac. Ketika Zahirah menanyakan kepada Isaac siapakah yang Isaac teka yang memakan coklatnya itu. Isaac lantas memandang ke arah Amin dan bertanya adakah Aiman yang memakannya. Aiman mengakuinya dan Isaac terus berkata ‘ go to jail now ‘.
Aiman berjanji untuk menggantikan kembali coklat Isaac itu dan menawarkan kepada Isaac 2 plastik. Jawapan Isaac yang dia hanya mahukan 1 sahaja coklatnya membuatkan Aiman terdiam. Bagus betul Isaac ini, daddy offer dua sekali pun, Isaac tetap mahu satu sahaja. Isaac sememangnya penghibur hati daddy dan mommy.
Jom tonton video di bawah :
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 18 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ala cerdiknya….. geram la cara dia cakap…. suka tengok you olls.. that go to jail is so personal haha.. “
” Bagusnya daddy offer 2, dia nak 1 je haha. Pandainya dia.. Salah trus go to jail. Your sebutan in English and Malay pun sedap je dgr.. “
” Kita suka sgt isaac fasih bahasa melayu. Berdekah la ekk masa tengok memula tadi. we need next drama of isaac.. “
” Byk kali ulang weyy.. Evidence.. Good Job Detective.. Detective Isaac on duty.. Kecik2 dh setia,sebb dia pilih 1 bukan 2.. “
” Comel gila dia cakap melayu.. panjang lebar dia siasat haha.. Dia punya inquiry Memang padu Dia betul-betul Cakap bapa dia tu accused hahahaha dan dia cakap evidence ada ciri-ciri jadi spy or suka investigate like FBI.. “
” Alahaiiii Ijack hensem boy niii kelakar la dia.. Ambik daddy… go to jail terus. clever boy la ijack.. “
” Kiter suka betul tgok isaac ni.. duduk la mana² pun bahasa melayu fasih takda pelat sikit pun.. suka dengan cara dia mengomel dengan tone suara dia tu.. “
” Alahhh comelnya hai borak dgn ijak ni, petah sungguh, daddy & mummy layan kan jer, nice family.. “
Siapa sahaja yang tidak geram mendengar celoteh Isaac itu. Terkedu daddy sampai tidak boleh menjawab kepada Isaac. Handsome boy ini memang cerdik dan bijak menyusun kata. Harap daddy jangan lupa ganti balik coklat Isaac sebelum Isaac suruh go to jail lagi yer, hehe.
Silakan SHARE..
Sumber : IG Isaacraees
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Allahuakbar, banjir air mata sangat-sangat dah ni. Sedihnya Ya Allah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Tak pernah dengar dia speaking selama ni, bestnya dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Menjadi lah Bell buat, Yusry pun terbahak ketawa.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dengar suara Sallman jadi sedih pula. Suara SS dalam diri Sallman.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Stop kejap dada ayah nak.. ” – Achey Bocey
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Merdu betul suara Hadie ni, kita yang dengar dia nyanyi pun rasa terbuai-buai.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Meremang dengar Amad nyanyi. Susah lagu ni, dia selamber je nyanyi. Dahsyat control suara.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Budak-budak ni berlakon, kita pula blushing tengok, haha.. ” – Komen Netizen