Connect with us

Artis / Selebriti

” Lawa kulit, pandai betul jaga, tak nampak macam nak masuk umur 50.. ” – Netizen

Gambar Sheila Rusly Tanpa Memakai Makeup Dapat Pujian Ramai. Memang Bersih Betul Kulit Muka Sis Sheila Ni, Pandai Betul Dia Jaga Kulit Yer !!

Serba boleh kalau dilihat akan penerbit drama terkenal ini iaitu Sheila Rusly. Daripada seorang pelakon, menjadi penerbit dan mempunyai bakat dalam bidang memasak. Ada sahaja perkongsian oleh Sheila di laman media sosial mendapat perhatian ramai.

Terbaru, meninjau di akaun Instagram Sheila, dia telah berkongsi gambar terbarunya tanpa secalit solekan. Perkongsian gambar tersebut mendapat banyak pujian daripada warga netizen akan kecantikan kulit wajah Sheila yang dilihat begitu sihat dan segar.

Bagi yang mengikuti perkembangan Sheila pasti tahu, dia merupakan seorang yang mementingkan penjagaan dirinya lebih-lebih lagi berkaitan dengan pemakanan yang diambil. Meskipun usia hampir 50 an, Sheila kelihatan awet muda dan sihat bertenaga. Maka tidak hairan lah jika penampilan dirinya kelihatan sentiasa menarik.

Menerusi perkongsian gambar oleh Sheila itu juga telah mendapat lebih 21 ribu tanda suka dan seratus lebih komen yang yang menyukai akan gambar tersebut. Kalau dilihat memang cantik kulit muka Sheila tanpa makeup yang diambil tanpa menggunakan sebarang aplikasi filter.

Ikuti perkongsian gambar tersebut di bawah ini :

Di ruangan komen, ramai yang memberikan pujian kepada Sheila kerana bijak menjaga kulit wajahnya. Antara komen-komen warga netizen adalah :

” Tak payah filter mmg semula jadi cantik, saya memang suka betul tengok kulit muka sis Sheila, betul-betul segar kelihatan.. “

” Woww ni memang cun habis, pandai betul lah Sheila jaga kulit muka, kalau nk bandingkan usia jarang-jarang lah wanita nk boleh jaga sampai macam ni.. “

” Sheila ni memang pentingkan penjagaan diri beb, tengok ig dia, memang dia jarang sangat lah nak mengenakan solek tebal ke apa, nampk lembut jer muka.. “

” Ada tips tak sis nk sentiasa nampk muka fresh.. Saya suka lah tengok, bagi pendapat saya muka ni bukan sahaja dijaga dengan menggunakan pr0duk, pemakanan jg penting kan sis.. “

” Cantik betul lah muka Sheila, Alhamdulillah betul kata Sheila, sentiasa bersyukur, ini pun sal4h satu nikmat Allah juga.. “

” Sis Sheila tak payah pakai filter, muka ni terang-terangan memang dah cantik, tak ada masalah langsung, memang lawa.. “

” Lawanya kulit sis, suka tengok. Untung lah miliki kulit yang sihat, nampk kulit sis tak mcm orang dah nk msuk umur 50 la.. “

Memang bersih kulit sis Sheila Rusly ni, patut ramai puji. Bagi yang sudah mengikuti Sheila di Instagram, mungkin tahu, Sheila ni seorang yang suka bersenam, berpuasa dan ini pun antara amalan yang dapat menjadikan badan kita sihat dan bertenaga. Apa-apa pun kami Berita Kopak mengharapkan semoga Sheila sentiasa sihat selalu dan bahagia di samping keluarga tercinta.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Sheila Rusly

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk copright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT