Connect with us

Artis / Selebriti

” Lawa isteri Bell, comel je semua anak-anak.. “ – Netizen

Bell Ngasri Kongsi Gambar Keluarganya Sempena Hari Raya Aidilfitri. Wajah Isteri Dan Anak-Anak Bell Raih Perhatian. Cantik Dan Comel-Comel Semua. Bell Pun Maintain Muda, Macam Bergambar Dengan Adik-Beradik Je !!

Umum mengetahui pelakon dan pelawak Bell Ngasri atau nama sebenarnya Nasrizal Ngasri memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon kanak-kanak bersama dengan abang, Naszeli Ngasri dan dua orang adiknya iaitu Darling Ngasri dan Anne Ngasri. Bapanya, Ngasri Sain merupakan penyampai radio.

Menerusi laman Instagram milik Bell, telah dikongsikan sekeping gambar Bell bersama isteri dan tiga orang anaknya sempena sambutan hari raya aidilfitri. Mereka sekeluarga mengenakan baju kurung dan baju melayu sedondon berwarna pink.

Apa yang menarik perhatian warganet adalah wajah Bell yang awet muda dan tidak dimamah usia. Bell yang duduk di sebelah anak lelakinya kelihatan sebaya dan seperti adik beradik. Wajahnya langsung tidak menggambarkan usianya yang sebenar.

Perkongsian itu telah meraih ratusan komen daripada peminat sehingga kini. Peminatnya turut berselor0h mengenai watak Barkoba kerana gelagat Barkoba yang tidak berpuasa di bulan Ramadan. Untuk makluman, watak Barkoba dilakonkan oleh Bell dalam drama 16 Puasa, 17 Puasa dan terbaru, 18 Puasa Di Kampung Pisang arahan Mamat Khalid.

Jom baca perkongsian di bawah:

Rata-rata peminatnya memuji Bell sekeluarga yang nampak comel sedondon. Selain itu, peminatnya mengus1k Bell sebagai Barkoba dan turut mengucapkan selamat hari raya Aidilfitiri. Antara komen-komen peminatnya:

“ Untung la berbadan kecil awet muda.. Comel je semua.. Bang bell pun tk besar².. Nampak sebaya je semua.. Boleh bergeng dah dngn anak.. Selamat Hari Raya.. “

“ Bang mana mak bapak nya.. Hahaha.. Yg sulung 2dr kiri.. Dah besar ye ank².. Syukur Alhamdulillah.. semoga drezkikn ank² yg soleh dn solehah.. Aamiin.. “

“ Selamat hari raya bakoba.. Lawo bini bakoba ni.. Org tak puasa mana boleh raya.. Bang barkoba.. Time time ni lah nak azan nya.. Bergaya ko barkoba.. “

“ Family bellngasriofficial comel sedondon.. Nk tnya.. Yg lelaki tu anak ke adik.. Nampak tak jauh beno usia pun.. Nmpk muda sungguh Bell ni.. Selamat Hari Raya bellngasriofficial.. “

 “ Adk brdik ke smua ni ?.. Perasan kengkawan… Mslhnyer asal bpk nyer tak tua2.. Nasib la nak.. Salam Aidilfitri Barkoba.. Moga lebaran kali ini memberi seribu makna buat kita semua..

“  Mana bapak budak2 ni ? Gmbaq qaya anak2 dgn mak je.. Ada tak anak2 bell yg ikut lawak mcm bell ? Selamat hari raya bell sekeluarga.. First time tgk family bell.. “

“ Da macam kawan2 semua.. Selamat hari raya bang bellngasriofficial terima kasih sebab hiburkan malam raya kami dgn lawak abg di tv al – hijrah.. “

Memang kalau dilihat Bell tidak berubah langsung daripada segi rupa dan fizikal. Masih lagi maintain seperti dulu walaupun anak-anak semakin meningkat dewasa. Apapun kami di Berita Kopak ingin mengucapkan selamat hari raya aidilfitri buat Bell sekeluarga. Semoga Bell akan terus menghiburkan peminatnya dengan lawak-lawaknya

Silakan SHARE..

Sumber : IG Belll Ngasri

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT