Artis / Selebriti
” Last yang ikut nyanyi tu, semua hancur.. ” – Netizen
Video Dato’ Seri Siti Nurhaliza Menyanyikan Lagu Cintaku Sampai Ke Ethopia Raih Perhatian Ramai. Wah, Tanpa Muzik Pun Merdu. Tapi Part Last Tu Sumbang Habis, Haha !!
Sejak tularnya nyanyian sumbang kumpulan The Gadys di media sosial, lagu berjudul Cintaku Sampai Ke Ethopia mula menjadi siulan ramai. Terbaru menerusi akaun Instagram H0t FM, perkongsian sebuah video yang memaparkan Dato’ Seri Siti Nurhaliza menyanyikan lagu tersebut telah meraih perhatian ramai.
Dato’ Seri Siti menjadi artis jemputan untuk Bekpes H0t FM pagi tadi yang dikendalikan oleh Johan, Fara Fauzana dan AG. Disebabkan tularnya lagu tersebut, mereka sempat meminta Dato’ Seri Siti menyanyikan lagu itu dalam versinya sendiri.
Seperti selalu, apa sahaja lagu yang dinyanyikan oleh Dato’ Seri Siti tidak pernah menghampakan. Tetap merdu walaupun Dato’ Seri Siti menyanyikan secara santai dan tanpa iringan muzik. Memang tepat gelaran penyanyi nombor satu negara.

Perkongsian ini telah menerima lebih 5 ribu tanda suka daripada warganet sejak ia dimuatnaik buat masa ini. Apa yang paling menghiburkan apabila Fara, AG dan Johan menyanyikan bersama-sama Dato’ Seri Siti. Adoi, terus ke ‘laut’, hehe.
Jom tonton video di bawah :
Ramai yang memuji nyanyian Dato’ Seri Siti yang sentiasa boleh membawakan apa sahaja lagu. Antara komen-komen yang diberikan :
” Setelah mendengar rakaman ini, tahulah kita bahawasanya tempoh hari bukan masalah ‘sound system’ Last yg ikut nyanyi tu, semua hancur.. “
” Kenaper ekk lagu tu dh jadi trend gilezz? Tokti dah sedap dah, yg suara latar tu, jahanammm .. Adoi Johan… kamon… yoi can do better than Farah & AG.. “
” Klu btl2 penyanyi buat suara x sedap pun org dah boleh tahu.. kepit pun sodap smpai lobang telinga.. Ini baru sore kepit ni..pon da sedap.. “
” The gadys kena ambk tokti.. buang jela yg menjerit xtau pape tu yg belah kiri skali tu hsnnss.. sntai2 nyanyi punnnnn merdu jeeee..kurnian Tuhan.. “
” Effortless. Beza betul dengan group gadis2 tu. Sampai keluar urat leher .. Kalau dah legend campak lagu ape sume sedap di bawak nyaaaaa.. “
” TokTi nampak muda sgt apa rahsia ni.. awat la hampa tak suruh tokti nyanyi lagu angau.. Suara Tokti sentiasa merdu.. “
” Di sebab kan the gadys.. lagu ni jadi popular.. Tanpa muzik pon sedap….maknanya aritu apa ? ni level dato awie gak.. terbayek tok ti.. “
Walalupun Dato’ Seri Siti menyanyikan lagu tersebut tanpa muzik, namun ia tetap sedap untuk didengari. Bagilah apa jua lagu untuk Dato’ Seri Siti menyanyikan semula, pastinya tidak pernah mengecewakan. Semoga terus success Dato’ Seri Siti Nurhaliza.

Silakan SHARE..
Sumber : IG H0tfm
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang C0PY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tak tau serum tu untuk glowing. Baby ni bukan perempuan, baby ni laki.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti5 days ago” Jarang dapat dengar luahan seorang bapa tunggal. Ayah yang sangat bertanggungjawab.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Sedapnya Hussain nyanyi lagu klasik. Jarang orang muda boleh nyanyi mendayu-dayu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Part Hussain nyanyi tu memang padu habis lah dia tarik. Tapi bila turn Bos Mydin, berdekah aku, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Lama betul ni tak nampak, betul-betul berubah. Dah ada leher lah Shuk.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Selangkah je lagi Jayden. Dah dekat tu baby, tak tertinggal jauh dah dengan Bilal.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” I made my parents so proud with my performance.. ” – Nur Fatima Aisya
-
Artis / Selebriti7 days ago” Cenggitu je you ‘heyhhh’ kan MIL you Trice. Kelakar betul ini mertua and menantu.. ” – Komen Netizen



