Artis / Selebriti
” Langsung tak kekok baca Al-Quran dengan makhraj dan tajwid yang hampir-hampir sempurna.. ” – Netizen

Video Anak Dato’ Seri Vida, Cik B Membaca Al-Quran Ketika Berada Di Tanah Suci Raih Pujian Warganet. Sedap Suara Cik B Mengaji, Tenang Jer Dengar. Siap Bagi Maksud Lagi, Terbaik Lah Cik B !!
Sebut sahaja nama Dato’ Seri Vida pasti ramai yang mengenalinya. Dato’ Seri Vida antara usahawan yang sangat berjaya. Bukan dirinya sahaja, malah anak-anaknya iaitu Kacak dan Cik B juga turut bergelar usahawan seperti ibu mereka serta memiliki perniagaan masing-masing.
Mninjau di akaun Instagram Dato’ Seri Vida telah dikongsikan beberapa gambar yang memaparkan dirinya dan anak-anak berangkat ke Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah dan menyambut Hari Raya Aidilfitri di sana baru-baru ini.
Terbaru, Dato’ Seri Vida ada memuatnaik video Cik B sedang membaca Al-Quran. Ketika video tersebut dirakam, turut terlihat pemandangan Kaabah dari atas bilik hotel penginapan Dato’ Seri Vida dan anak-anaknya. Perkongsian video itu telah menarik perhatian warganet.
Ramai yang kagum dan memuji bacaan Cik B. Bukan itu sahaja, selepas selesai membaca Al-Quran, Cik B berkongsi maksud ayat surah yang dibacanya itu kepada warganet. Sehingga kini, video itu menerima puluhan ribu tanda suka dan ratusan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen rata-ratanya menyukai perkongsian video ini dan memuji bacaan Cik B. Antara komen-komen menarik daripada warganet adalah :
” Langsung tak kekok baca Quran dengan makhraj dan tajwid yang hampir-hampir sempurna.. Terbaik lah Cik B.. “
” Merdu suara & menenangkan hati yg mendengar. Terima kasih Allah takdirkan lalu posting ni.. Tgh down sgt.. Seolah rezeki Allah ttahan.. Bacaan cik B tetiba tenangkan hati saya.. “
” Moga cik B istiqamah pakai tudung.. Beruntung juga cik B dapat menjadi tetamu Allah di sana.. Doakan saya juga yea Cik B.. “
” Sedapnyaaa siap dgn tajwid. Alhamdulillahh.. Sy pcaya Cik Bi akan jadi muslimah penyejuk hati mama dan mmberi kbaikan pd masyarakat suatu hari nt.. “
” Dato banyak2 kan konten yang macam ni . Alhamdullilah ramai yang sukaa amin.. Suka dengar bacaan Cik B, sedap suara dia mengaji.. “
” Terbaik Cik B. Motivasi terbaik ialah Al-Qur’an.. Bagus didikan daripada Dato untuk anak2.. Tq for sharing.. Love n tenang sangat.. “
” MasyaaAllah tabarakAllah.. Cik B…Just wow.. Alhamdulillah.. Semoga urusan ibadah umrah Cik B dan mama di sana dipermudahkan.. “
Patut lah ramai yang memuji, memang sedap bacaan Cik B dan perkongsian yang sangat memberi manfaat kepada semua. Apa-apa pun, semoga segala urusan Dato’ Seri Vida dan anak-anak menjalani ibadah umrah sentiasa dipermudahkan dan diberikan kesihatan yang baik sepanjang berada di Tanah Suci.
Silakan SHARE..
Sumber : IG datoserivida
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti13 hours ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral4 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya nak beritahu semua, pengakuan malam ni yang saya sebenarnya dah engaged.. ” – Fattah Amin
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Gambar last tu semua melayan. Semua terpaksa ikut gerak ‘cute’ pengaruh Bella.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Anak-anak, menantu-menantu dan cucu-cucu Shafnie Zainudin in one frame.. ” – Shafnie Zainudin