Artis / Selebriti
” Kreatifnya, tulisan pun cantik. Simple dan nice, rare gitu.. ” – Komen Netizen
Video Erra Fazira menunjukkan doorgift hasil tangannya sendiri untuk tetamu majlis resepsi yang hadir raih pujian warganet. Wah kreatifnya Erra, cute sangat. Sebulan lebih Erra ambil masa untuk siapkan semuanya..
Majlis perkahwinan primadona Melayu, Erra Fazira dan pemilik cafe Kueh, Ezwan Zain antara yang menjadi tumpuan ramai. Dari majlis akad nikah membawa ke majlis resepsi, segalanya kelihatan sempurna dari segi dekorasi dewan, tema majlis dan busana pengantin.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Era FM dan Media Hiburan, telah dikongsikan beberapa buah video yang memaparkan Erra memberitahu untuk majlis resepsinya, doorgift yang diberikan kepada tetamu merupakan hasil tangannya sendiri.
Kata Erra, ketika menyiapkan 500 doorgift ini dia hanya memikirkan untuk memberikan tetamu sedikit kegembiraan. Tidak mudah untuk menyiapkan semuanya sendirian dan tambah Erra, dia mengambil masa lebih kurang sebulan lebih untuk menyelesaikannya.

Doorgift Erra ini disifatkan oleh warganet sangat rare kerana lain daripada yang lain. Kemas dan teliti hasil kerja Erra dan akhirnya doorgift yang comel terhasil. Ramai yang memuji Erra seorang yang kreatif dan berseni. Beruntung tetamu yang hadir di majlis resepsi semalam mendapat doorgift ini.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 20 ribu tanda suka telah pun diraih untuk perkongsian ini sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Alaaa nak juga keychain tu. Bestnya tetamu dapat rasa kerja tangan pengantin.. ikhlas betul Erra nak meraikan tetamu.. Apa pun tahniah Erra n Suami Mr E.. “
” Cute nya.. boleh dijadikan inspirasi, tak membazir.. simple dan nice gila. ni zaman sekolah punye hiasan beg…. comeyyy, sweet, manje rare gitew.. “
” Biar lah kak erra kami tomboyish, tapi dia tetap manja. comel je buat sendiri, Manis jee.. kalau macam ni semua orang sanggup pakai gantung dekat beg masing-masing.. “
” Wahhh bestnyaaa.. dapat doorgift dari effort erra camni, aku buat frame terus.. Nampak lasak tapi dia lah paling sweet.. lasak lasak tu lah, hati penuh bunga.. “
” Kreatifnya, tulisan pun cantiknya.. effort Erra tu yang mahal, sampai sakit pinggang nak siapkan semua ni.. Gift yang bermakna macam ni sukanya la hai.. “
” A+ nya effort Erra.. dengan tulisan cantiknya. Perfect primadona Malaysia.. comel sangat doorgift ni.. kerajinan memang tinggi erra ni.. “
” Argh sangat limited.. Org biasa door gift sgala bagai ye air oren gas. ye kipas.. ye jajan.. ye air kotak .. ye bunga.. tgok artis yg kaya itu je gift dye bg.. tak perlu susah2 nk pegang bnyk2.. “
Tentu gembira tetamu mendapat doorgift ekslusif hasil kerja tangan Erra ini. Usaha yang terbaik daripada Erra untuk membahagiakan semua tetamu. Mungkin para pengantin yang ingin berkahwin boleh mengambil idea ini untuk doorgift mereka. Tidak hanya cantik tetapi menjimatkan.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Era, IG Media Hiburan Official
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Selama ni Hussain menyorok kat mana ye, effortless betul suara dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Muka Ameng tu aku tak tahan. Tergelak aku tengok, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Aku dah mula start nak nangis, lagu best dan suara mantap.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Ini yang ditunggu-tunggu. Akhirnya BASS berduet juga guna lagu ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti1 day ago” Masha Allah, merdunya azan Hussain ni. Tenang hati dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Dia cuba sampaikan luahan hati yang terpendam, lama dia simpan tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Weh merah padam muka Bella. Syok ek korang kenakan Bella, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kakak muka papanya, adik muka mamanya. Cantik anak-anak Ameng.. ” – Komen Netizen

