Artis / Selebriti
” Kpop pun boleh jadi tarian irama Malaysia kalau Tokti yang buat. Siti Nurhalijennie in action.. ” – Komen Netizen
Rekod video trend tarian Like Jennie, cara Dato’ Seri Siti Nurhaliza menari raih pujian ramai. Alahai comelnya Tokti, dah macam budak sekolah je tengok. Tarian paling sopan ni..
Siapa yang tidak kenal dengan keperibadian biduanita negara yang disayangi ramai, Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Sejak DS Siti berjinak dalam industri lagi, DS Siti membawakan imej sopan dan kekal begitu sehingga sekarang. Tidak hairan lah dirinya menjadi bintang kesukaan ramai.
Meninjau entry di akaun Tiktok Toktitiktok, telah dikongsikan satu video yang memaparkan DS Siti membuat trend tarian Like Jennie. Kata DS Siti, dia juga mahu mengikut trend anak muda dan tariannya itu bersama beberapa orang penari lain meraih pujian.
DS Siti menari dengan lincah dan uniknya tarian ini apabila di tangan DS Siti, terus kelihatan seperti tarian tradisional. Itu yang ramai dikatakan oleh warganet di ruangan komen. Warganet juga mengatakan tarian DS Siti adalah yang terpaling sopan setakat ini.

Tidak hanya gaya tarian, malah cara DS Siti berpakaian juga dipuji ramai. Sopan dan sentiasa menutup aurat, itu lah trademark Dato’ Seri Siti Nurhaliza. Tidak puas semua menonton tarian DS Siti itu. Dalam kesibukan berlatih untuk konsert, sempat juga DS Siti mengasah bakat menarinya.
Jom tonton video di bawah :
@toktitiktok Nak ikut trend anak muda jap 🤭🤭 #LikeJennie @JUXT Studio
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 120 ribu tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Paling sopan jatuh pada tokti. Kenapa Tokti buat jadi tarian Melayu ni.. tokti penuh dengan kelembutan.. “
” Tarian like jennie paling sopan jatuh pade tokti.. aura melayu kuat sangat sampai tarian kpop dimelayukan.. love la tokti.. “
” Kpop pun boleh jadi tarian irama malaysia kalau tokti yang buat hehe.. Yg tokti ni like jennie versi sopan.. “
” Tokti ni menari ape pun lah .. tetap nmpk sopan.. tiber choreography jenny jadi sopan haha.. boleh tukar word jenie to tokti.. i am obsess like tokti.. “
” Still nampak traditional comel je tokti.. siti mmg x prnh lari dari kata sopan itu yg buat saya kagum dgn dia sejak pertama kali saya mengenalinya.. “
” Makin muda bukan makin tua tokti ni. Like Jennie versi zapin by tokti.. trend Jennie versi ayu.. ramai2 yg buat trend ni, Siti Nurhaliza lah muka paling lawoooo comeyy loteyyy sekali.. “
” Jennie dance paling sopan setakat ni. love tokti.. terus jadi zapin.. nampak tokti yang paling muda situ.. Siti Nurhalijennie in action.. “
Comel sungguh DS Siti menari, versi paling sopan yang disukai oleh semua. Raut wajah DS Siti semakin hari semakin terserlah awet mudanya. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan semata-mata dan semoga pembaca juga terhibur dengan telatah oleh DS Siti itu.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Toktitiktok
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Terharu dengar pesanan Dato’ Jamal untuk Hussain.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Tolong lah baba Boy. Bagi nombor telefon Baba. Cikgu you comel Boy.. ” – Sharnaaz Ahmad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Ulang-ulang part Mama kata ‘takpe’ dengan part Ayden peluk YB. Awww melting.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Live dah sesedap ni, final nanti tentu gempak ni. Meremang bulu roma.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Intro je pun dah mengancam. Tangan tu tangan, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Untuk saya, juara kali ni, saya sangat sangat puas hati. Ye lah Hussain.. ” – Akim Ahmad
-
Artis / Selebriti6 days ago” Baby tak boleh lagi, baby is still so small untuk.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti4 days ago” Meremang rasa bila Cicha nyanyi, part tarik tu memang gaya macam Ella.. ” – Komen Netizen

