Artis / Selebriti
” Kongsi makan dah, kongsi air pun dah, ni kongsi tisu pulak. Bersemut tengok.. ” – Komen Netizen
Video Bella Astillah dan YB Syed Saddiq berkongsi tisu yang sama raih perhatian ramai. Wah sweetnya YB Saddiq lap mulut guna tisu yang Bella dah guna, sweet sangat ni..
Kehadiran Bella Astillah dan YB Syed Saddiq di majlis perasmian cawangan baru Cik Bakes 2 di Kelantan semalam memeriahkan suasana. Ramai yang menanti untuk bertemu mata dengan pasangan sensasi yang hangat diperkatakan oleh semua wargamaya ini.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram Ohmycelebritymalaysia dan Tiktok Fenomena BASS, telah dikongsikan satu video yang memaparkan suasana ketika ketibaan Bella dan YB Syed Saddiq. Ramai yang meraikan dan menyukai Bella dan YB Syed Saddiq.
Banyak aktiviti yang diadakan sepanjang perasmian tersebut antaranya Bella dan YB Syed Saddiq menyediakan kek dan buah untuk jualan pada hari itu. Selepas selepas perasmian, pasangan ini dibawa untuk menjamu selera pula. Pelbagai hidangan dan dessert disajikan untuk Bella dan YB Syed Saddiq.

Ketika hampir selesai makan, Bella mengambil sehelai tisu dan mengelap bibirnya yang ada sisa makanan. Tisu yang sama juga dihulurkan kepada YB Syed Saddiq untuk mencuci penutup botol minuman. Namun YB Syed Saddiq menggunakannya untuk mengelap mulutnya pula.
Jom tonton video di bawah :
@thebass_forever92 kongsi tisu😭😭😭😭😭satgi detektif nak keluar lah🤣🤣 #ffffyyyyypppppppppppppp #fyyyyyyyyypppppp #fyyypp #syedsaddiq #bellaastillah
♬ bunyi asal – 🤍 🎀Fenomena ‘BASS’🎀🤍✅ – 🤍 🎀Fenomena ‘BASS’🎀🤍✅
Perkongsian ini telah pun meraih ribuan tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Apa lgi yg BASS nk kongsi lepas ni… cepat lahhhh kawin aku plak yg stress hari2 tgok korang punye sweet2.. “
” Kongsi tisu alah sweetnya.. Rejam jela kami ni yb, hidup pun x keruan.. Aku ni 11tahun kawen.. patot tisu cepat abeh.baru tau cara jimat tisu.. “
” Lambat lagi ke nak share hidup pulak, penat aa cmni.. balik pluto la geng oii, raya habis da ni.. “
” Aku ngan laki aku pun tak share tisu… ambiklah bumi ni kome.. Spa yg ada kat sana,Jgn buang tisu tu ek.. simpan pastu letak dlm frame.. “
” Jimat tisu.. kongsi jer hehe.. tolong yer jgn muncul lagi benda sweet2 camni…aku penat lpas satu2 vtt kuar… exercise muka saja sejak raya tgk TikTok.. “
” Part tisu tu nk pengsan rasa.. Esok semua tisu naik harga haha.. habislah harga tisu melambung lepas ni haha.. “
” Kongsi mkn dh, kongsi air pn dh, ni kongsi tisu plk.. bila ni nk kongsi hidup.. kmi dh nk sawan tgk.. halahhh3.. bersemut kmi kt sini wehh.. “
Bertambah-tambah teruja peminat BASS (Bella Astilah Syed Saddiq) melihat gelagat Bella dan YB Syed Saddiq berkongsi tisu itu. Ramai yag menghitung hari menanti bila agaknya pasangan sensasi ini akan berkongsi hidup pula. Apa-apa pun, semoga segalanya dipermudahkan untuk Bella dan YB Syed Saddiq.

Silakan SHARE..
Sumber : IG Ohmycelebritymalaysia, Tiktok Fenomena BASS
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman

