Artis / Selebriti
” Kita tak payah berpanjangan, gad0h-gad0h nak pergi mana.. ” – Erra Fazira

Video Erra Fazira Kongsi Reaksi Dirinya Jika Terserempak Dengan Bekas Kekasih. Wah Terbaik Lah Cara Erra Tu, Jarang-JarangΒ Orang Boleh Buat Macam Erra Ni. Salute Lah !!
Meninjau di akaun Instagram radio Sinar, telah dikongsikan video yang memaparkan penyampai radio, Faliq Hikyle, Hefny dan Erra Fazira membincangkan topik ‘Reaksi apabila bertemu dengan bekas kawan atau pasangan’. Pada awalnya, mereka menerima satu panggilan daripada seorang wanita.
Wanita tersebut berkongsi cerita saat bertemu dengan bekas suaminya di klinik. Akui wanita itu, dia tidak boleh langsung mendengar nama bekas suami kerana secara tiba-tiba akan merasa berdebar. Selepas itu, Hefny bertanya kepada Erra pula jika Erra terserempak dengan bekas pasangannya.
Erra mengatakan yang baginya apa jua masalah yang pernah dilalui dahulu bersama bekas pasangannya, dia tetap akan bertegur baik dan melupakan apa yang pernah berlaku antara mereka serta bersikap profesional untuk bertegur.
Tambah Erra lagi, hal yang terjadi sebelum ini tidak perlu berpanjangan dan tidak elok bergad0h lagi. Tanya Hefny lagi, adakah situasi tersebut pernah dilalui Erra dan Erra menjawab pernah melaluinya. Sehingga kini, video tersebut telah menerima ratusan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Terbaik lah sikap Erra tu, selalu berlapang dada dalam apa jua hal dan bersikap terbuka. Jarang-jarang orang akan bersikap seperti Erra. Maklumlah apabila sudah ada kenangan pahit masa dahulu dengan bekas pasangan, semestinya sukar untuk berhadapan dengan mereka meskipun jika ianya berlaku secara tidak sengaja.
Bagi yang mengikuti perkembangan Erra sejak dari dahulu, pasti mengetahui yang Erra sangat rapat dengan Datuk Awie meskipun mereka tidak jadi mendirikan rumahtangga dan begitu juga dengan bekas-bekas suami Erra iaitu Datuk Yusry dan Engku Emran.
Silakan SHARE..
Sumber : IG sinar_my, errafazira
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Cara Ayden menjawab media sangat perform ekk, macam papa Saddiq.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti17 hours ago
” Paknil mintak dia nyanyi lagu lain bukan kepunyaan Dato’ Siti Nurhaliza.. ” – Paknil
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Jujur sangat doa tu Amayan. Tak boleh bayangkan kalau Dato’ Vida jadi mak mertua, haha.. ” – Komen Netizen