Artis / Selebriti
” Adoi Bella, r4cun adiknya beritahu itu ini. Berdekah tengok, comel sangat.. ” – Netizen
Video Gelagat Anak Stacy, Bella Mengajar Adiknya, Eshaal Melakukan Sesuatu Buat Warganet Terhibur. Wah Siap Pesan Jangan Bagitahu Kakak Yang Ajar. Ketawa Besar Akim Dengar Ayat Bella. Lawak Lah Bella Ni !!
Keluarga Akim Dan Stacy disenangi ramai kerana sikap mereka yang low profile. Bahagia bersama 3 orang anak mereka iaitu Bella, Eshaal dan Isa, telatah anak-anaknya ini ada dikongsikan di akaun media sosial baik Stacy mahu pun Akim untuk tontonan peminat.
Meninjau akaun Tiktok Akimstacy, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Bella bersama Eshaal. Bella mengajar Eshaal tutorial menjadi kakak. Bukan main lagi ajaran Si Bella ni, sampai ketawa besar Akim yang duduk di tepi Eshaal.
Kata Bella jika Eshaal mahu duduk bersama daddy dan mummy dan mereka mengatakan tidak, Eshaal jangan menangis. Jika Eshaal lapar, Bella mengajar menyuruh Eshaal memberitahu adik dan meminta supaya adik memberitahu Akim dan Stacy untuk membeli McDonald.
Boleh pakai juga tutorial Bella ni, yang penting jangan kata kakak Bella yang ajar Eshaal. Seronok melihat keakraban Akim dengan anak-anaknya ini. Bak komen warganet, ada kalanya ibu bapa perlu menjadi seperti kawan-kawan kepada anak baru lah anak rasa selesa dan seronok. Tetapi ketegasan tetap perlu ada sebagai ibu bapa.
Jom tonton video di bawah ( sila tunggu seketika sekiranya video lambat keluar ) :
@akimstacy beyya oh bey 😂 #beyshal #bella #eshaal #akimstacy #kimcy #akimahmad #stacyanam #hangnadim #bungacantik #sabahancrew_fams #akimandthemajistret #masakdirumah #masakuntuksuami #fyp
♬ original sound – yang kuban kuban je – yang kuban kuban je
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 6000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Ni macam anak no 1 2 saya. depa g r4cun adiknya bgtau itu ini.. sebab kalau adik yang minta comfirm dapat. kalau depa yang minta abah say no hehe.. adik diguna-gunakan abang-abang.. ”
” Campin beyya, so cute family.. done tengok ulang-ulang.. adoi Bella, berdekah tengok comel sangat.. ”
” Best family macam nie, sometimes parents kena jadi macam adik beradik, sometimes kena tegas jadi parents.. ”
Bila si kakak cuba ‘mer4cun’ si adik, bapaknya mampu ketawa sahaja. Tetapi memang itu lah cara yang paling berkesan untuk mendapatkan apa yang dimahukan. Boleh tahan lawak juga Bella ini, kakak yang terbaik lah untuk Eshaal dan Isa.
Bonding time antara Akim dan anak-anak juga seronok ditonton. Sekilas pandang, seperti abang dengan adik-adik sahaja apabila Akim bersama anak-anak seperti ini. Apa-apa pun, ini hanya lah sekadar hiburan dan semoga pembaca turut terhibur.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Akimstacy, IG Beshaal
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Maaf nyanyuk betul saya tersasul, haha.. ” – Edry Abdul Halim
-
Artis / Selebriti1 day ago
” Hadie baru 16 tahun tapi MashaAllah matangnya dia. Bijak bercakap, walaupun kena provoke.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” 10 kali saya ulang part Kinah jatuh. Lawak betul tengok, haha.. “- Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Terharu dengar jawapan suami Ina. Jawapan orang terpelajar dan berilmu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Seriously betul-betul deep lagu ni. Sedap suara Fattah, suara penuh perasaan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dah macam nak cari gaduh pun ya, next level Joey ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Allahuakbar, sayunya hati ini. Sedih tengok anak sulung Ina menangis.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” 1st time dengar Fattah gelak sakan. Malu terus Fattah, merah muka. Kaw-kaw kena, haha.. ” – Komen Netizen