Artis / Selebriti
” Kita percaya pada dia, makna dia tahu apa yang dia nak buat.. ” – Ibu Fattah Amin

Video Throwback Ibu Fattah Amin bercerita mengenai sikap Fattah di rumah. Alahai lembutnya ibu Fattah, soft spoken sangat. Tak lekang senyuman di bibir. Sempat lagi Fattah suruh mak dia cakap yang dia anak yang baik, haha..
Umum mengetahui pelakon dan juara Hero Remaja iaitu Fattah Amin baru sahaja bergelar seorang duda selepas bercerai dengan pelakon serta usahawan, Nur Fazura. Semenjak kes penceraiannya, istilah βada Fattah Amin untuk dihalalkanβ telah menjadi buah mulut ramai di media sosial.
Selain itu, pelakon Fattah Amin juga digelar sebagai βduda hotβ kerana sudah kembali berstatus solo. Menerusi rancangan Melodi baru-baru ini, Fattah Amin ada tampil memberi respon berkenaan dengan usikan tersebut dengan mengucapkan terima kasih kepada semua peminatnya kerana sentiasa memberikan sokongan.
Terbaru, meninjau di akaun Instagram The FA Team, telah dikongsikan satu video throwback yang memaparkan temubual Fattah bersama kedua ibu bapanya. Menerusi video itu, ibu Fattah, Puan Azizah Abdul Ghani berkongsi cerita mengenai sikap Fattah di rumah.
Akui ibunya, Fattah adalah anak yang baik dan sikapnya sejak dahulu lagi seorang yang pendiam. Ibu dan ayah Fattah juga sering mengingati dan memberikan nasihat kepada Fattah dalam apa jua hal. Perkongsian video ini telah menarik perhatian ramai dan sehingga kini menerima ribuan tanda suka sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.
Tonton video di bawah ini :
Di ruangan komen, pelbagai respon diberikan warganet dan rata-ratanya menyukai perkongsian tersebut. Antara komen-komen menarik adalah :
” Ibu fattah memang baik okay. Rendah je orangnya, tapi mudah mesra. Saya pernah pergi open house rumah diorang dulu, borak dengan mak dia. Sangatlah baik walaupun first time jumpa.. “
” Walaupun fattah femes, tak pernah tgok pun keluarganya gunakan namanya untuk femes.. Keluarganya sangatΒ² merendah diri.. “
” Alhamdulillah syukur, cukuplah ada syurga yang sentiasa mendoakan perjalanan hidup anak-anaknya, doa yang cukup ampuh, mustajab agar sentiasa berada di dalam redha Allah SWT.. “
” Ibu FA cool ever.. Smiling murah rezeki ciriΒ² wanita solehah.. Tahu dah Fatima ikut muka sapa.. Copy paste nenek lah.. Comel sangat neneknya pun.. “
” Ibu dgn ayah pun pemalu jg kan.. Alhamdulillah anak yang soleh.. Semoga Allah SWT kurniakan rezeki yang melimpah ruah buat Fattah sekeluarga.. Aamin.. “
” Nampak aura makayahnya couple yg sejuk mata memandang mereka berdua. Itu sebab Fatah mempunyai budi pekerti yg baik. Rezekinya melimpah ruah slps berpisah.. “
” Tengah muka ibu & bapa Fatah yg senyum setiap kali menjawab soalan dng senyum , patut lah anak nya baik , semoga keluarga Fatah selalu dlm Rahmat Allah AmiinYRA.. “
Sesungguhnya kasih ibu itu membawa hingga ke syurga. Di sebalik kejayaan seorang anak bernama Fattah Amin ini, pastinya akan ada terselit doa mustajab daripada ibunya sendiri. Apa-apa pun, semoga Fattah terus kuat dalam mengharungi ujian dan segala urusannya selepas ini sentiasa dipermudahkan.
Silakan SHARE..
Sumber : IG thefa_team, fattahaminz
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..Β
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Wahai pakcikku Dekwan , aku tak dapat janjikan bintang dan langit tapi aku janji.. ” – Zarina Zainuddin
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Saya mungkin pekak YB tapi tak mungkin saya silap dengar. Terkantoi macam tu je YB, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Obvious sangat ni Abang Long. Kak Long blushing tak boleh cover dah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” YB dalam komen pun dia membebel tapi tu tanda sayang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Bila dia berleter tu terus bahasa lain, laju dan puas hati sikit, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Sekarang baru saya betul betul faham apa erti ‘Akan ada pelangi setelah hujan’.. ” – Bella Astillah
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Ya Allah, teruk juga ulsernya. Mungkin tu sebab Allah ambil Akiko untuk rehatkan dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Lala, jangan lawan hukum. Kita perempuan, tak kan bagitau merajuk atas salah apa, haha.. ” – Komen Netizen