Artis / Selebriti
” Kenapa waktu berpisah tu 8 tahun tak nak tegur.. ” – Erra Fazira

Video Dato’ Awie Menjawab Soalan Daripada Erra Fazira Buat Ramai Terhibur. Wah Jawapan Dato’ Awie Tu Memang Tak Dijangka. Naik Geram Erra Dengar Jawapan Dato’ Awie Tu, Haha !!
Kisah percintaan Dato’ Awie dan Erra Fazira pernah menjadi satu fenomena suatu masa dahulu. Namun takdir sudah tertulis kisah cinta mereka tidak kesampaian dan pertunangan mereka terputus di tengah jalan. Banyak kenangan yang dicipta bersama yang turut terpahat di hati peminat mereka berdua.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Awie Wings, telah dikongsikan satu video throwback temubual Dato’ Awie dan Erra bersama media. Banyak yang ditanyakan dan salah satunya soalan daripada Erra sendiri mengenai peristiwa antara mereka 8 tahun lalu.
Erra bertanyakan kepada Dato’ Awie mengapa sepanjang tempoh 8 tahun berpisah langsung Dato’ Awie tidak mahu menegurnya. Dato’ Awie berseloroh dan mengatakan Erra yang sebenarnya mengelak daripada Dato’ Awie. Tambah Dato’ Awie, jika Erra nampak sahaja Dato’ Awie pasti Erra akan lari ke arah lain.
Jawapan oleh Dato’Awie itu membuatkan Erra naik geram. Boleh pula Dato’ Awie mengatakan Erra mengelak kerana Erra merasa bersalah terhadap Dato’ Awie. Temubual ini menghiburkan semua kerana sikap sporting yang ditunjukkan oleh Dato’ Awie dan Erra.
Jom tonton video di bawah :
@awie.wings97 8 tahun tak bertegur , akhirnya menjadi kawan baik 🥹 #awie #fyp #fypシ゚viral #foryourpage #fypage #fypp #masukberanda #masukfyp #masukberandafyp
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Pengalaman telah mendewasakan.. mematangkan fikiran.. macam ni lah bagus tidak bermusuhan boli bergurau senda lagi.. “
” Kalau filem hindustan.. shah rukh dan kajol adalah sahabat .. kawan yg setia di filem Malaysia Awie n Erra.. persahabatan yg akrab n setia… moga ianya jd contoh dlm industri filem dan frendship.. “
” Steady hampa berdua ni.. perempuan mana pernah salah bang Awie haha.. kalau dua2 ni kahwin … peminat paling gembira … tapi xde jodoh knn.. “
” Saya suka diorang berdua ni, sporting gila.. dlm perjalanan tu 8 thn tu proses normal kan perasaan.. sabar,masa & positif smua akan n dah ok.. “
” Comel lah dua ni.. memasing dah move on dan selesa jadi bestfriend.. seronok tengok awie dan Erra ni.. bagus dua-dua.. “
” Apabila berusia ni.. seronok bercerita kisah kenangan lalu kan.. al maklumlah hehe.. perancangan Allah itu lebih baik.. ni contoh harmoni.. “
” Adoi sebab tu Allah tak jodohkan.. asal jumpa je nak bertumbuk haha.. joke and funny awie dan Erra.. “
Masing-masing memang tak mahu kalah antara satu sama lain. Telatah Dato’ Awie dan Erra mencuit hati warganet yang melihatnya. Apa-apa pun, itu semua hanya tinggal sejarah dan sekarang mereka lebih selesa menjadi sahabat karib yang selalu ada waktu susah dan senangnya.
Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Awie Wings
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adui English dia, slang orang putih betul. Cair dengar.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Betul-betul mahu kena si Ara ni. Saya akan suruh dia buat permohonan maaf secara terbuka.. ” – Bella Astillah
-
Viral7 days ago
” Ayat tu paling menikam hati aku sampai sekarang. Ayuni yang rindukan ibu.. ” – Sahabat Ayuni
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Alololo, kesian dia eh kena paksa buat permohonan maaf sama mummy, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti20 hours ago
” Lepas meninggal baru viral video dia ajak orang ramai makan roti canai dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Dalam urusan peribadi kami berdua, bukan sahaja melibatkan dia, malah anak.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti5 days ago
” You kan anak dia, you kena bagitahu I ler.. ” – Beatrice Chitra
-
Artis / Selebriti2 days ago
” MasyaAllah comelnya Bahtera. Bahtera muka mommy sangat.. ” – Komen Netizen