Artis / Selebriti
” Kelakar tengok Bella ketawa besar macam tu masa YB nyanyi.. ” – Komen Netizen
Video YB Saddiq menyanyi lagu Bella, Lebih Indah Berpisah buat ramai terhibur. Tak baik tau Bella sampai terduduk gelak masa YB tengah menyanyi, hehe..
The Raw antara syarikat yang menggunakan pasangan popular, Bella Astillah dan YB Syed Saddiq sebagai duta produk mereka. Selain membuat live menjual produk The Raw, pengasasnya Puan Adibah Mazlan juga merakamkan banyak aktiviti bersama BASS sebagai bahan promosi.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Siti Eiyka90, telah dikongsikan satu teaser video yang memaparkan Bella, YB Saddiq, Spacedollah dan Adibah bermain permainan menyambung nyanyian. Ini adalah untuk episod 4 games The Raw team BASS menentang team LORI.
Teaser pendek berdurasi 56 saat ini memaparkan masing-masing menunjukkan bakat nyanyian mereka. Untuk Bella ianya mudah kerana Bella sememangnya seorang penyanyi tetapi tidak untuk YB Saddiq dan Spacedollah yang agak kaku dalam nyanyian.

Melihat sedikit sedutan YB Saddiq menyanyikan lagu hits Bella berjudul Lebih Indah Berpisah mencuit hati warganet. Bella sendiri juga kedengaran ketawa mengekek ketika mendengar YB Saddiq menyanyi. Banyak moment lucu yang dapat ditonton dalam teaser kali ini.
Jom tonton video di bawah :
@sitieiyka90 Coming soon episode 4 tak sabar nk tengok yb nyanyi yayang bella gelak besar 🤣🤣 #bellaastillah #syedsaddiq #spacedollah #theraw #foryoupagе
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 2000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet yang dapat kami kongsikan untuk pembaca :
” Can’t wait nak tengok YB Saddiq menyanyi lagu yayang dia tu haha.. Bella kalau dapat ketawa.. hati org pn ikut happy. Gelaknya tu jujur, natural, dan mudah buat orang cair.. “
” Memang makanan Bella ini semua.. Aduh bila nak keluar VTT penuh.. tengok teaser pun dah terbahak ketawa tengok part Yb, lucu betul sampai Bella pun berdekah ketawa.. “
” Muka bangga YB bila Bella menyanyi.. YB hafal lagu Bella je ke haha.. comel dooh.. tak sabar nak tengok next part.. “
” Yayyy YB nyanyi lagu Bella.. suka dengar Bella ketawa. dgn kita sekali ketawa happy betul Bella.. tak sabar nk tgok yb nyanyi lagu lebih indah berpisah tu.. “
” Time yb nyanyi lagu bella kelakar tengok muka Spacedollah haha.. Awas YB ndak tau lagu bella.. nanti ada yg merajuk… minta burger ramly lagi.. “
” Hafal ye yb lagu bella, terus sambung dengan penuh confident tu. Kelakar tengok Bella ketawa besar camtu masa YB nyanyi.. hafal dah yb kt, hari2 kna bg dgr dgr yayang.. “
” YB kena nyanyi lagu yayang.. kan lagu tu fav YB.. setiap hari dgr kan.. yayang plk gelak besar tu.. best dgr Bella gelak.. hilang stress.. “
Ramai yang tidak sabar untuk menonton video penuh The Raw kali ini kerana ingin melihat kemampuan sebenar YB Saddiq menyanyi. Sama ada sedap atau melucukan kerana dari bunyi ketawa Bella itu sudah cukup menggambarkan keadaan sebenar. Jangan lupa semua Sabtu ini di Tiktok The Raw untuk video penuh.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Siti Eiyka90
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Detik cemas jantung yang terhenti seketika kini bertukar menjadi tawa gembira seorang anak yang sangat cerdik.. ” – IG Siti Sarah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Tak pernah atau tak ada isu pasal sesiapa sailang pun.. ” – Farah Fakhira
-
Artis / Selebriti6 days ago” Mummy cakap benda tak bagus, macam Baby maid mummy.. ” – Jebat Jayden
-
Artis / Selebriti7 days ago” So producer rasa gabungan kami bertiga bersama dengan Bella Astillah boleh pergi jauh ? ” – Pak Azad
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dah macam pak Arab yang jual kat Mekah tu. Apa-apa pun, segak dia ni, hehe.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Sekejapnya Ayash dah 5 tahun. Bermakna dah 5 tahun ibu tinggalkan orang tersayang.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Pertama kali seorang lelaki served aku makan macam tu yer.. ” – Erma Fatima
-
Artis / Selebriti4 days ago” Mira pegang colour khaki, yang ini ‘muka’. Eh ‘muka’, haha.. ” – Amira Othman

