Artis / Selebriti
” Kalau susah sangat, dua-dua pergi je angkat sumpah, minta ibunya sekali angkat sumpah.. ” – Komen Netizen
Terima komen negatif dan dituduh menipu oleh seorang individu, respon Fazura raih perhatian ramai. Eh dah kenapa pulak Fazura dan Fatima nak kena angkat sumpah. Tak pasal-pasal nama Fatima kena heret sekali..
Meninjau ke akaun Threads Fazura, satu posting Fazura yang memberi respon terhadap komen seseorang netizen yang mengecam Fazura telah meraih perhatian ramai. Individu tersebut meminta Fazura dan anaknya, Nur Fatima Aisya mengangkat sumpah mengenai video yang tular sebelum ini.
Sebelum ini tular sebuah video yang memaparkan Fatima bercerita tentang nendanya yang menyatakan dirinya tidak cantik dan tidak pandai. Akibat dari video tersebut ramai yang mula beranggapan negatif kepada ibu Fattah Amin, tak kurang juga ada yang mengecam Fazura.
Namun begitu, adik kepada Fattah menafikan perkara tersebut. Ekoran daripada itu, muncul pula video Fazura yang dilihat sebak ketika membacakan doa buat Fatima. Ini kerana ada yang menyatakan percakapan Fatima tersebut satu penipuan.

Terbaru, komen individu ini pula yang mencuri perhatian. Nampaknya ada sahaja perkara yang dibangkitkan buat Fazura dan diharap Fazura bersabar. Abaikan sahaja kata-kata negatif netizen dan jalani sahaja kehidupan seperti biasa.
Jom lihat perkongsian di bawah :

Di ruangan komen, pelbagai respon yang diberikan oleh netizen. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka ialah :
” If you hate the mother (even when she’s done nothing wrong to you), don’t you dare touch her child. People these days are mentally twisted, hating others for no reason.. ”
” The most pathetic of all is when you drag an innocent kid into your rotten jealousy. Absolutely sickening!! Bukan main berani lagi kann!? Come one, JANGAN diam… Jawap! “
” Jgn biarkan mereka bersenang lenang menabur fitnah atas diri kak faz , sekarang dorang menabur fitnah dekat Fatima pulak .. “
” Kak faz sudah tiba masa nya untuk bersuara lantang , jgn biarkan dorang usik your family especially Fatima , dorang berani kerana selama ni kak faz berdiam diri.. “
” Your Daughter Your Jewel ! kalau fattahaminz tidak pandai untuk mempertahankan anak dia , you as your mother Must pertahankan Fatima , no more berdiam diri lagi , no more bagi muka.. “
” Sila tampil kan diri anda dan jawap pertanya missfazura tu. Dah baling batu JANGAN sembunyi pulak… Pastu nanti cakap acc kena hack bagai… Kau kan terang2 duk ugut2 nak leak video bagai… “
” Saman jer. Sekali sekala tindakan kita dapat menjadikan thread ini lebih aman. Akan memberi pengajaran pada yg lain juga. Proceed saman missfazura tak perlu nak layan permainan dia.. “
Walau apa pun konflik yang sedang melanda buat Fazura, diharapkan ia dapat diselesaikan dengan cara baik. Diharapkan perselisihan faham ini tidak berpanjangan dan tidak dikeruhkan lagi oleh para netizen. Semoga yang baik-baik buat Fazura dan Fatima.

Silakan SHARE..
Sumber : Threads Fazura
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti5 days ago” Ayah saya dengan takde perasaan, yeay. Mak saya pun takde perasaan dapat gelang, yeay.. ” – Ammar Haikal
-
Artis / Selebriti4 days ago” Kalau kangang kangang, bungang tu bahasa Melayu. Dia tak reti cakap bahasa Melayu.. ” – Neelofa
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ibu mana tak sedih bila ada orang sedang berusaha untuk memenjarakan anaknya.. ” – Dr Zailah
-
Artis / Selebriti3 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Masya Allah, qiraat dan makhraj Bilal sangat sangat baik.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya dengan Dahlia.. ” – Nur Amirah
-
Artis / Selebriti7 days ago” Siapa yang plan ni. Macam tahu-tahu je dah takde tahun depan. Allahuakbar sedihnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Part paling sedih melepaskan anak-anak. Menangis tengok video ni.. ” – Komen Netizen

