Artis / Selebriti
” Kak Long kantoikan diri sendiri. Sakan Irfan gelak tengok Kak Long tersasul teruk, haha.. ” – Komen Netizen
Video Amira Othman tersasul dan kantoikan diri sendiri ketika live dengan adiknya, Irfan Haris buat ramai terhibur. Adui Kak Long, ini tersasul paling teruk ni, habis pecah rahsia Kak Long. Gelak besar Irfan dengar, haha..
Sesi live Amira Othman bersama adiknya, Irfan Haris semalam cukup menghiburkan ramai warganet. Amira kelihatan berseri-seri dan cantik seperti selalu. Irfan pula banyak menyakat kakaknya itu lebih-lebih lagi isu berkait dengan rakan sekerjanya, Fattah Amin.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Cute08628, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Amira tersasul ketika Irfan bertanyakan tentang tarikh lahir Irfan. Banyak kali juga Amira tersasul dalam live tersebut dan ianya membuatkan warganet terhibur melihatnya.
Irfan pula menyedari Amira tersilap menyebut tarikh lahirnya hanya tergelak besar. Jawapan Amira itu bikin Irfan berdekah dan kata Irfan, kakaknya itu hanya itu yang lekat di kepalanya buat masa sekarang. Banyak-banyak bulan, bulan September juga yang diingati oleh Amira.

Kata Irfan, hari lahir adik sendiri Amira boleh terlupa tetapi hari lahir si buah hati paling diingati. Amira sendiri tersedar dirinya terkantoi lagi terus keluar frame dan turut sama gelak besar. Macam-macam rahsia Amira terdedah dan itu pun keluar dari mulut Amira sendiri.
Jom tonton video di bawah :
@cute08628
Sehingga kini, perkongsian tersebut telah pun meraih lebih 3000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Haha tiba tiba macam bunyi gelak besar Neelofa. lepas kejadian itu, aq terus google pasal Fattah Amin…. dan ternyata birthday FA bulan 9.. “
” Dengan aku sekali ketawa dengar ketawa diaorang ni.. Comel je mira nak hantar katak dekat rumah orang yang buat headline haha.. “
” Kantoi.. bday adik sendiri dia dah lupa ek… bday org lain pulak dia ingat ek. neyyy haha.. Part mira gelak tu hahahaha sndiri kantoi. Aduduu ng kita2 sekali tgelak.. “
” Kantoi pulak haha.. Fattah punya birthday 14/9.. excited sangat Kak Long, macam dah hampir je pelamin yerk.. xsabarnya nak tengok.. “
” Kak Long kantoikan diri sendiri haha.. Sakan ipan gelak tengok kak long tersasul teruk macam tu.. tak pe lah kak long, kami faham je hehe.. “
” Alamak kantoi lagi.. sempat lagi nak cover cakap nak bagitahu 29/11 padahal dia sendiri cakap bulan 9 haha.. kak long tak pandai menipu.. “
” Teman sekerja teman tapi mesra.. Suka betul Ipan bila kakak dia tersasul haha.. ni kang Mira sendiri kena sumbat masuk store haha.. “
Alamak banyak kali Amira tersasul menyebut benda yang luar jangkaan ketika live semalam. Orang jujur begitu lah, cuba putar belit pun tidak akan berjaya. Tunggu semua kedatangan bulan September, adakah bakal ada kejutan untuk semua pencinta FattMira, sama-sama kita nantikan.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Cute08628
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti2 days ago” Ya Allah, sakitnya melihat isteri jerit nama anak yang kami besarkan kaku.. ” – Ryzal Ibrahim
-
Artis / Selebriti6 days ago” MasyaAllah ini bukan Datuk Yusry je yang nangis, seluruh rakyat Malaysia turut mengalir air mata.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Dia tiada geli, muntah ke apa ke, tu lah Wan Raudatul Sakinah.. ” – Amyza Aznan
-
Artis / Selebriti7 days ago” Apa mau jadi, ketaksuban pada telefon.. ” – YB Syed Saddiq
-
Artis / Selebriti7 days ago” Unclenya keras kejung, mana lah Ara tak tergelak, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Wah jarang-jarang ni Aleeya menyanyi dalam live. Suara Aleeya sebijik macam Arni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago” Terpukau dengar, tambah tengok dia dance tu, aww cair weh. Sampai melopong Dato’ AC.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago” Aurat kau cakap dengan dia sendiri lah, saya dah letih.. ” – Ameng Spring

