Connect with us

Artis / Selebriti

” Kadang-kadang mommy wish tangan mommy ada banyak macam tangan sotong.. ” – Rita Rudaini

Muatnaik Gambar Bawa Anak Pergi Kerja, Perkongsian Rita Rudaini Buat Ramai Yang Kagum. Bukan Senang Nak Jadi Singlemomdad Macam Rita Ni, Wanita Hebat Je Mampu !!

Semua wanita mengimpikan rumahtangga yang aman bersama suami dan anak-anak. Namun tidak semua yang diimpikan dapat dikecapi. Begitu juga dengan kehidupan pelakon, Rita Rudaini. Siapa tidak tahu kisah hidup Rita yang penuh dug4an itu. Berat mata memandang berat lagi bahu yang mem1kul.

Dia lah ibu, dia jugalah bapa. Rita membesarkan dua orang anaknya dengan baik. Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna anak-anak yang menjadi sumber kekuatan buat Rita. Bukan hal yang mudah menjadi singlemomdad untuk mendidik anak- anak dengan sempurna dan tanpa rasa kekur4ngan kasih sayang.

Namun Rita dikelilingi keluarga, sahabat dan peminat-peminat setianya yang tak henti memberikan semangat dan sokongan. Dengan segala kudrat yang ada, Rita menceburkan diri dalam bidang perniagaan untuk menambah lagi pendapatan keluarga. Sudah keluar dengan produk perfume dan baju kurta, ianya mendapat sambutan daripada peminat.

Menerusi akaun Instagram, Rita Rudaini telah berkongsikan gambar anak-anaknya Aryan dan Arjuna yang terp4ksa mengikutnya keluar meeting dengan membawa homework mereka bersama. Melihat wajah kedua-duanya dan luahan Rita itu sendiri buat ramai yang kagum dengan semangatnya.

Jom baca perkongsian di bawah :

Perkongsian Rita ini mendapat perhatian netizen. Antara komen-komen mereka :

” Ibu adalah ibu… ibu kuat demi anak2. sy suko dgn kakrita.. “

” Betul kata-kata nasihat tu. Nasihat yang padat dan padu.. “

” Setuju sis…. kadang2 ada suami pun mcm tkde suami.. “

” Yess kita momdad, kdg tak ada pilihan tp kehidupan kita harini membentuk peribadi kita, jdkan kita lebih hebat in future inshaAllah.. “

” Betul tu kak, jangan disangka air yang tenang akan sentiasa tenang.. “

” Sis mmg tabah menghadapi dug4an.. kemenjadian anak2 akan menjadi saksi kepada peng0rbanan dan kegigihan.. “

” Betulll agree sgt… akk kuat smgat insyallah ank2 akn bg akk yg terbaikk.. “

” Sistur ibu yg hebat.. xde lelaki yg bernama suami pon xde hal.. perempuan ni lain.. dia punya kuat tu kalah lelaki… terbaik sistur semoga semua dipermudahkan. amin.. “

Nasihat daripada seorang wanita untuk wanita lain. Banyak ikhtibar yang dapat diambil daripada kisah Rita ini untuk dijadikan panduan. Apa pun, semoga Rita sentiasa dikurniakan rezeki yang melimpah ruah, dilindungi Allah dan berbahagia selalu bersama anak-anak tersayang. Aamin..

Silakan SHARE..

Sumber : IG Rita Rudaini

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT