Artis / Selebriti
” Jac tegur sopan je, hormat Dato’ AC. Dato’ Awie pulak tumpang membahan.. ” – Komen Netizen
Video Jaclyn Victor Menegur Dato’ AC Mizal Tersalah Sebut Satu Perkataan Di The Choosen One Musim 2 Buat Warganet Terhibur. Ish Jauh Betul Tersasul Tu Dato’ AC. Dato’ Awie Pun Sempat Membahan Sama. Lawak Lah, Haha !!
Rancangan realiti The Choosen One Musim 2 kini kembali menceriakan semua dengan peserta-peserta hebat di bawah tunjuk ajar coaches antaranya Adira Suhaimi, Sufian Suhaimi, Tomok dan ramai lagi. Dato’ Awie dan Jaclyn Victor diberikan tanggungjawab sebagai juri tetap.
Untuk minggu pertama TCO 2 ini, Dato’ AC Mizal diundang sebagai juri jemputan. Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Gempak, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat mencuit hati antara barisan juri. Dato’ AC memberikan komennya namun ada satu perkataan sebutan Dato’ AC yang menarik perhatian Jaclyn.
Jaclyn sebagaimana yang semua tahu, seorang yang baik budi bahasa dan sopan tutur katanya. Lembut sahaja Jaclyn bertanyakan kepada Dato’ AC, apakah ‘ nozzle‘ yang dimaksudkan oleh Dato’ AC. Rupa-rupanya Dato’ AC tersilap sebut, perkataan yang sepatutnya adalan ‘ nasal ‘.

Tergelak Jaclyn dibuatnya dan Dato’ Awie sempat menyampuk serta mengusik Dato’ AC. Riuh kerusi juri ada juri yang suka melawak dan menyakat seperti ini. Apabila Dato’ AC tersasul dan Jaclyn pula menegur, kelihatan Datin Emylia Rosnaida yang berada di kerusi penonton belakang Dato’ AC juga turut ketawa.
Jom tonton video di bawah :
@astrogempak Bila Dato’ AC tersasul salah sebut sampai Dato’ Awie suruh bincang balik dalam group WhatsApp! 🤣🤣🤣 Min terhibur lah dengan juri-juri kita malam ni! #TCO2024 #TheChosenOne2024 #AstroCeria #AstroRia #EvolusiBintangBaharu
Perkongsian ini telah pun meraih lebih 4000 tanda suka daripada warganet sejak ianya dimuatnaik. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Nozzle tu benda yang kita isi minyak haha.. Dulu Awie memula rosak, nanti berjangkit dengan Jac.. “
” Jac pun dah rosak bila kawan dengan geng-geng ni.. jac tegur sopan jer , bahasa hormat ac , awie dok tumpang bahan.. “
” Yang belakang dato ac tu tak relax ketawanya haha.. Tak sangka Jac pandai melawak.. selalu buat hal dato ac kan haha.. terhibur dengan juri malam ni.. “
” Dulu dato ac betulkan kump virus.. paus… paus.. pause la haha.. kamera kena zoom dkt aepulroza kemain ketawa masa Dato Ac sebut nozzle.. “
” AC ni merapu dia tu terhibur jugak sebag bukan dibuat-buat.. jangan sampai dato awie cakap supevisa ye haha.. “
” Tok AC nak nozzle nombor berapa haha.. nozzle pam minyak ni tok.. adui penat ketawa tau.. datin dekat belakang pun bantai ketawa sama.. “
” Haha nose nozzle jauh betul ni tok.. jac pun tak boleh nak tahan ketawa dh.. nozzle pun nozzle lah tok. haha.. “
Jaclyn tidak berhenti ketawa apabila ada rakan juri seperti Dato’ AC dan Dato’ Awie. Sampai ke nozzle minyak perginya, mana lah Jaclyn tak gelak besar. Penonton yang hadir pun turut terbahak ketawa dengan telatah juri-juri. Apa-apa pun, Dato’ AC menambahkan lagi kemeriahan program The Choosen One semalam.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Astro Gempak
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti7 days ago” Terus tukar bin, cute and clever boy lah Seth. Very the Shila Amzah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Lah Lara, bukan muka je copy, rupanya suara pun sama macam Scha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago” Saya ibu tunggal yang bekerja, membesarkan anak dengan mental yang baik. Tolong jangan ganggu saya lagi.. ” – Fazura
-
Artis / Selebriti7 days ago” Kami pun nak tahu siapa Musang yang nampak seperti sangat berani berselindung di sebalik fake account.. ” – Amira Othman
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kemain gelak dia tu, gelak jahat. Anak dengan bapak sekepala, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kita dengar pun dah mengalir air mata, macam mana lah perasaan Shuib kan.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Berdosa ke tak aku gelak tak henti. Kelakar sangat tang air bateri tu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Isu tidak datang ke majlis perkahwinan beliau itu adalah bukan isu yang.. “- Adira Suhaimi

