Artis / Selebriti
” Idea Kak Aina kali ni memang speechless, termenangis tanpa sengaja.. ” – Netizen
Video Hafiz Mahamad Terima Kejutan Sempena Hari Lahir Yang Ke 30 Tahun Daripada Isterinya, Syafiqah Aina Buat Ramai Terharu. Hebat Idea Aina, Hadiah Yang Hafiz Sendiri Tak Terjangka Akan Dapat. Kali Ni Aina Menang !!
Siapa tidak kenal dengan nama Hafiz Mahamad dan Syafiqah Aina. Selain hebat dengan perniagaan kosmetik mereka, Hafiz yang selalu penuh dengan kejutan membuatkan warganet suka melihatnya. Namun kali ini, lain pula yang terjadi apabila Aina membuat kejutan untuk Hafiz.
Menerusi akaun Instagram Syafiqah Aina, telah dikongsikan satu video yang memaparkan Hafiz mendapat kejutan untuk hari lahirnya yang ke 30 tahun. Perancangan Aina dan team Aina Beauty tidak langsung disedari oleh Hafiz. Apa yang Aina mahu agar Hafiz gembira kerana Hafiz selalu membuat orang lain gembira.
Ibu bapa Hafiz dan 2 sahabat karibnya didatangkan khas. Selain itu juga, Aina turut membuat 1 buku yang menghimpunkan gambar dan cerita mengenai kehidupan Hafiz sejak dari bayi sehingga ke umur 3 dekad. Tidak setakat itu sahaja kejutan Aina, ada sesuatu yang lebih besar yang membuatkan Hafiz mengucap panjang.
Gambar Hafiz terpampang pada sebuah billboard di sebatang jalan dengan ayat tertera padanya berbunyi ‘ 3 Dekad Hafiz Mahamad. Selamat Ulangtahun ‘. Alahai betul-betul sweet hadiah Aina tahun ini sehinggakan Hafiz mengakui Aina menang kali ini.
Jom tonton video di bawah :
Lebih 40 ribu tanda suka telah pun dicatatkan untuk perkongsian oleh Aina ini. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” Happy Birthday Hafiz, layak la dpt macam ni, sebab Hafiz sgt2 menghargai Aina dan semua org disekeliling, teruskan berbuat baik dan terus menghargai sesiapanpon jgn pernah berhenti.. ”
” Idea kak aina kali ni memang speechless.. Awak g1ler ke? haha.. the power of love.. hargai slagi ada y tersayang.. Happy birthday hafizmahamad.. ”
” Terbaik luar biasa, ni paling win. Happy birthday our great leader Hafiz Mahamad.. We love you so much.. ”
” Termenang1s tanpa sengaja.. Happy birthday abe Hafiz . semoga kekal bahagia sampai syurga disamping isteri & keluarga tercinta . Aamiin ya rabb.. ”
” Argghhhh..i’m cry.. Ske tgk hafiz n aina ni.. Humble dan sentiasa mengutamakn kebahagiaan org lain.. Pasangan paling sweet sangat, and very lovely.. hopefully kasih mereka sampai syurga amin.. ”
” Both of u kan always bg kami ‘impak’ yg sgt baik.. selalu bw bnyak manfaat pd kami semua.. lg2 dlm perhubungan suami isteri.. Moga kekal till jannh u alls.. terbaik syafiqahaina.. Happy Birthday Bos hafizmahamad.. ”
” Kak Aina pun pandai buat orang seb4k ye.. auto menitik air mata.. sweet couple ever.. Humble sgt abg Hafiz.. tak perlu hadiah yg mahal² cukup family, rakan² baik, rakan sekerja dah cukup mahal untuknya.. ”
Yang menonton pun terasa sayu dan menitik air mata, Hafiz memang layak menerima hadiah seistimewa ini kerana kebaikannya terhadap semua orang. Selamat hari lahir Hafiz Mahamad daripada kami di Berita Kopak. Semoga Allah kurniakan umur yang panjang, rezeki yang melimpah ruah dan kebahagiaan bersama insan tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : IG
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Ni menari sopan namanya bukan kayu. Cute macam Kpop dulu-dulu.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Amira kena bahan dengan adik macam tu je. Gurau pun lembut je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago
” Alaa sedih laa. Dulu Uncle Ajai bagi peluang kat ibu, sekarang Talita pula diajarnya.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Amad tarik masa chorus ‘semarakkanlah warna asmara’ boleh lawan Tokti.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Adik Kak Long nyanyi lagu Abang Long. Ehem ehem.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Rehearsal pun dah power. Lagu brazilian jazz ni, bukan semua orang boleh bawak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Kemain menari sekali dengan mimik muka dan mata ye.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago
” Haa jangan lah macam tu, ni semua Amira Othman punya pasal.. ” – Elly Mazlein