Connect with us

Artis / Selebriti

” Pergi halalkan girlfriend awak sayang tu, hehe.. ” – Hafiz Mahamad

Video Hafiz Mahamad Beri Sumbangan Pekerjanya Untuk Berkahwin Raih Pujian Warganet. Wah Terkedu Adik Tu Bila Hafiz Serah Cek, Banyak Betul Nilainya !!

Mungkin ramai yang mengenali dengan usahawan dan personaliti media sosial iaitu Hafiz Mahamad ini. Sering membantu dan berkongsi rezeki dengan orang-orang dalam kesusahan, sikap Hafiz tersebut telah mendapat pujian warganet.

Meninjau di akaun Instagram, Hafiz telah memuatnaik satu video baru. Menerusi video itu, Hafiz telah memanggil seorang pekerja yang dikenali dengan nama Zaki untuk masuk ke dalam bilik pejabatnya. Tulis Hafiz di ruangan kapsyen, Zaki seorang pekerja yang baik dan telah berkerja di syarikatnya sudah dua tahun.

Hafiz mengetahui yang Zaki sedang berusaha keras mengumpul duit untuk berkahwin. Bagi meringankan bebanan Zaki, Hafiz telah memberikan nilai cek berjumlah RM10 ribu kepada Zaki. Malah Hafiz juga mengatakan jika nilai itu masih tidak mencukupi, Hafiz akan membuat penambahan lagi apabila tibanya majlis perkahwinan nanti.

Melihat ‘hadiah’ yang diberikan oleh majikannya itu, reaksi Zaki seolah-olah terkedu dan mengatakan jumlah yang diberikan Hafiz begitu banyak. Perkongsian video ini sekali lagi telah menarik perhatian warganet, sehingga kini menerima ribuan komen sejak ia dimuatnaik ke akaun Instagram.

Tonton video di bawah ini :

Di ruangan komen, rata-ratanya memuji sikap Hafiz yang begitu mengambil berat hal pekerjanya dan turut mendoakan agar urusan Zaki untuk mendirikan rumahtangga akan dipermudahkan. Antara komen-komen menarik adalah :

” Semoga sentiasa la maju dan terus berjaya usaha2 Hafiz dan aina ni amiin. Sebab hati diorang tulus betul menolong dan hargai manusia2 .. “

” Alhamdulillah, rezeki dia dapat majikan sangat menjaga kebajikan pekerj2.. Kau beruntung adik, semoga urusan kau untuk kahwin nanti dipermudahkan.. “

” Tak pernah tak beriar mata tengok Hafiz ni. Moga Allah hadirkan lebih ramai yang murah hati seperti Hafiz dan Aina. Alhamdulillah.. “

” MasyaAllah hati mulia sungguh majikan macam ni. Susah nak jumpa kan, senang2 beri 10k dekat pekerja dia. Sampaikan boleh tahu da faham setiap sorang masalah pekerja dia.. “

” Aku ingat hafiz nk bgi syarat pasal kerja, mcm kerja betol2, kerja rajin2, rupenye die pesan utk jage bakal wife elok2, hormat mertua , smoga Allah membalas segala kebaikan dgn kebaikan berlipat kali ganda, Insyaallah.. “

” Subhanallah. Hebat nya rezeki khwin, lg hebat hati hafiz bantu staff, kami pun tgh strugle nk kumpul duit khwin dgn komitmen kehidupan ni.. “

” Masha Allah orang kaya & beri manfaat inilah antaranya. Nabi SAW kaya tapi tak simpan harta, infaq seluruh hartanya di jalan Allah. Sedekah takkan mengurangi harta kita. Lagi beri & berbagi lagi luas rezeki.. “

Paling touching dengar syarat yang diberikan Hafiz. Selalunya syarat majikan adalah jangan lupa kerja keras lagi untuk syarikat, tapi lain pula Hafiz yang lebih menekankan sikap menghargai orang tua dan pasangan. Apa-apa pun semoga sikap Hafiz ini akan menjadi inspirasi buat semua majikan lain di luar sana.

Silakan SHARE..

Sumber : IG hafizmahamad

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT