Artis / Selebriti
” Part ni memang berdekah gelak, Wawa dah buka mulut tu, tinggal nak keluar api je, haha.. ” – Netizen
Video Ucapan Aeril Zafrel Ketika Menang Anugerah Di TikTok Awards 2023 Buat Penonton Berdekah Ketawa. Amboi Aeril, Ucapan Terima Kasih Untuk Isteri Pertama Yer. Lawak Reaksi Muka Wawa, Haha !!
Seperti yang ramai sudah tahu, pelakon Aeril Zafrel telah digelar sebagai President TikTok oleh kebanyakan warganet yang menggunakan aplikasi berkenaan. Aeril merupakan seorang yang cepat mengikut trend di TikTok walaupun dalam masa yang sama Aeril sibuk menumpukan perhatian terhadap keluarga dan perniagaan.
Semalam telah berlangsungnya majlis TikTok Awards 2023 di Pusat Pameran Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur, Aeril telah membawa pulang anugerah Celebrity of the Year yang dipilih berdasarkan undian daripada peminat-peminat.
Satu sedutan video telah dikongsikan menerusi akaun TikTok memaparkan ketika Aeril memberikan ucapan saat menerima awards di atas pentas. Aeril tmengucapkan terima kasih kepada semua yang mengundinya dan lepas itu Aeril mengatakan terima kasih kepada ‘isteri pertama’ nya.
Mendengar apa yang diungkapkan oleh Aeril, ramai yang berdekah ketawa, pantas Aeril berkata yang ayatnya itu belum habis dan Aeril terus menyebut ‘isteri pertama dan terakhir’ iaitu Wawa Zainal. Malah kamera juga turut menghala ke arah Wawa dan berkongsi reaksi Wawa ketika mendengar ucapan Aeril.
Tonton video di bawah ini :
@wawacosmetics.my terima kasih isteri pertama & terakhir saya !! #TikTokAwardsMY #wawazainal #aerilzafrel #relationship #wawacosmetics
Aeril dan Wawa turut berkongsi video di akaun Instagram :
Di ruangan komen, selain terhibur dengan telatah Aeril, ramai yang turut mengucapkan tahniah kepada Aeril. Antara komen-komen menarik adalah :
” Part ni memang berdekah gelak, Wawa dah buka mulut tu, tinggal nak keluar api je, haha.. Sempat lagi menganjing kan, hahahaha.. “
” Dengar2 semalam lepas balik event ni, Aeril kena tidur luar, betul atau pun tidak entah lah.. Hahahahaha harap2 baik-baik sahaja.. “
” Ko jgn bang… 1 Malaysia bini2 tengah baran mggu ni.. Sensitip klu ayat pertama2 ni, hahahahahahaha aku tengok Wawa pun dah tak sabar buka mulut tu.. “
” Tahniah kepada President tiktok.. Hahahaha main perasaan betul la, kemain Wawa ckp taknak taknak ingtkan nk ajak naik stage sama2, rupanya nk salam.. “
” Jgn bg nampak sangat minta lion atas stage hahahahaah tapi benda dah ckp live atas stage kita njoy je laa, hahaha tahniah bro.. “
” Macam ni lelaki kite nak.. Setia. Semoga jodoh diorang kuat, forever together hingga syurga Allah.. Amin ya rabbal alamin.. “
” Tgkkk ucapan dieee tu eiii gerammm bethol, hahahaha tahniah koranggg.. President tiktok wajib menang okehhhhh.. Isteri pertama ya… Hahahahahhahahahhaha.. “
Aeril ni kalau tak menyakat Wawa memang tak sah, ucapan Aeril membuatkan ramai rasa gemuruh tau. Apa-apa pun tahniah diucapkan kepada Aeril atas kemenangan semalam. Semoga Aeril terus maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburinya dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Silakan SHARE..
Sumber : TikTok wawacosmetics.my, IG w4w4_zainal, aeril_zafrel
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Siap beriba dengan Tengku Ahmad, first time tengok ni. Tengku Ahmad sekali kena siram.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti7 days ago
” Saya dah mula sayang dengan Kilauan Emas, tup tup masa saya dah habis.. ” – Roy Azman
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Apasal aku nangis dengar nasihat Fattah tu. Allah uji dia.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti2 days ago
” Kenapa pulak air mata aku yang bergenang ek. Part last tu rasa sebak.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Laju Fattah lari, nak putus nafas dah kawan tu kejar. Nabil main tipu pun kalah, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago
” Really amazing performance. Meremang bulu roma dengar suara Shila.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti3 days ago
” Dia rindu Fatima sangat tu. Sedih tengok Fattah.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti9 hours ago
” Sayang Fatima, bila kau membesar, aku pasti kau tidak akan menyalahkan sesiapa.. ” – Puteri Balqis