Connect with us

Artis / Selebriti

” Hari tu Chaan, ni Azmi pulak yang kena haha. Bila Kak Lina dapat mic, habislah haha.. ” – Netizen

Video Gelagat Elly Mazlein Dan Bell Ngasri Dalam Rancangan MeleT0P Mencuit Hati Ramai. Amb0i Kak Lina, Buat Konsert Pulak. Sesuka Hati Tukar Lagu Tu Tak Menahannya. Dah Azmi Caliph Buskers Pula Jadi Mangsa Kak Lina Kali Ni, Haha !!

Masih meraikan pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian, pihak MeleT0P telah pun menjemput Elly Mazlein dan Bell Ngasri sebagai tetamu jemputan. Penuh dengan gelak ketawa, jenaka Kak Lina dan Bell memeriahkan suasana.

Menerusi akaun Instagram MeleT0P, telah dikongsikan satu video yang memaparkan gelagat Kak Lina dan Bell menghiburkan semua dengan nyanyian. Kak Lina yang bersuara merdu ini menyanyikan beberapa buah lagu dan seperti biasa Kak Lina pasti membuat perangai ‘masuk air’nya.

Sedang elok menyanyi, tiba-tiba Kak Lina meminta untuk menukar lagu. Sempat Bell membebel mengatakan itu bukan program nyanyian. Kak Lina tetap tak peduli dan ayat popular Kak Lina ‘ 3,4 ‘ kedengaran lagi. Laju Kak Lina tukar irama dangdut pula.

Mujur lah Azmi cepat menangkap dan mencari tempo yang sesuai dengan nyanyian Kak Lina itu. Kalau di Big Stage, Chaan yang selalu kelam kabut dengan ‘ 3, 4 ‘ Kak Lina, kali ini Azmi Caliph Buskers pula yang terkena. Bell pula melayan sahaja perangai Kak Lina Kepom.

Jom tonton video di bawah :

Perkongsian ini telah pun meraih lebih 7000 tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh warganet :

” Haha comel je dua-dua.. Chaan mesti lega sebab dah ada pengganti, dia tak kelam kabut dah hahahahaha.. ”

” Ngadae ei kk lina ni haha.. ada je nk d buat lawaknye.. da bole buat perodi dgn bell n jihan ni.. bertiga bergabung.. ”

” Hari tu chaan, ni Azmi pulak yang kena.. Power betul Azmi cepat cari tempo baru.. dua-dua memang kelakar.. pen4t gelak tengok kepom dengan Bell ni.. ”

” Depa 2 ni bergabung dalam drama atau filem komedi mesti meletop dan tak kering gusi.. Boleh berlakon sekali ni.. ”

” Bukan Kak Lina la kalau tak lawak haha.. elok la depa menang memang lawak depa ney.. tahniahhh.. ”

” Rindu Big Stage Chaan 3.. 4.. haha.. Bila kak Lina dapat mic abislah memang tak reti nak berenti.. pen1ng sekejap Azmi haha.. ”

” Suka depa ni, lawak spontan.. Tak pernah tak lawak. Rindu kak Lina dekat bigstage.. Adoi 3 4 yak yak yeayy haha.. ”

” Buat konsert sendiri ya kepom.. Azmi 3, 4 hahaa terus teringat dekat chaan.. yang last tu best, win lah Bell haha.. ”

Kalau Kak Lina dapat microphone, memang susah hendak berhenti. Kalau juga Azmi Caliph Buskers ketika mendengar ayat ‘ 3 4 ‘ Kak Lina tu. Seronok penonton di studio dan di rumah melihat telatah Kak Lina dan Bell ini. Semoga kedua-duanya terus menempa kejayaan.

Silakan SHARE..

Sumber : IG Melet0p

Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..

Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..
Klik gambar untuk info..

Trending

Copyright © Berita Kopak

##FREAKOUT