Artis / Selebriti
” Hari Khamis sebelum nikah, Encik Khairul belikan arwah Suhaimi Saad.. ” – Ina Naim
Video Ina Naim berkongsi cerita persamaan antara suami barunya, Khairul Rizal dan arwah Suhaimi Saad. Bak kata Ina, bukan nak mengimbau kenangan, tepi memang banyak persamaan. Part Khairul hadiahkan sesuatu di kubur Suhaimi buat ramai tersentuh..
Buat pertama kalinya, Ina Naim dan suaminya Mohd Khairul Rizal membuat live bersama di Tiktok dan ianya ditonton oleh puluhan ribu viewers semalam. Banyak yang dibualkan oleh Ina dan Khairul sepanjang sesi live berlangsung. Ina dan Khairul juga menjawab banyak persoalan daripada viewers.
Menerusi perkongsian di akaun Tiktok Akak Pelamin, telah dikongsikan satu video yang memaparkan sedutan live Ina itu. Ina berkongsi cerita mengenai kenangan bersama Suhaimi yang selalu memberikannya bunga. Begitu jugalah yang dilakukan oleh Khairul pada awal perkenalan mereka.
Setiap hari akan ada sahaja kuntuman bunga khas untuk Ina dan bunganya berbagai-bagai. Hari terakhir iaitu Khamis sebelum mereka berkahwin, Khairul menziarahi kubur arwah Suhaimi Saad dan turut membawakan bunga untuk Suhaimi. Tindakannya itu meraih pujian daripada warganet.

Tambah Ina lagi, terlalu banyak persamaan antara Khairul dan Suhaimi. Itu juga lah yang menjentik hatinya untuk menerima Khairul sebagai suami dan daddy kepada anak-anaknya. Ina tidak mengharapkan harta dunia, cukup Khairul mampu mendidik anak-anaknya menjadi insan yang baik.
Jom tonton video di bawah (klik BAWAH button Watch Now jika tidak boleh play video) :
@akakpelamin Selamat pengantin baruuu
Perkongsian ini sehingga kini telah pun meraih lebih 1ooo tanda suka daripada warganet. Antara komen-komen yang diberikan oleh mereka :
” MasyaAllah byk persamaan.. insyaAllah peribadi seperti arwah Suhaimi Saad jgak.. Hargai tu yang isteri nak.. Situasi Ina sama mcm Shuib & Watie.. “
” Alhamdulillah rezeki ina.seorang isteri ni sbnr nya tak mintak bnyk pun.yg paling penting cukup diri tu d kasihi d sayangi dah d hargai.itu pun dah cukup bahagia.. “
” Allah maha tau , muke ina sama dgn khairul.. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah selalu.. kekal bahagia sehingga nafas terakhir korang berdua.. “
” Suami baru ni pon sporting … tak kisah Ina samakan dia sbb dia faham maksud isteri.. semoga mereka bahagiaaa hingga ke syurga.. “
” Akak n suami pun selalu bercerita tentang pasangan masing2.. kedua2 pasangan kami sebelum ni telah meninggal Dunia,tiada rse cemburu.. itu lh cara kami utk melepaskan rindu pada arwah2 nye.. “
” Husband dia pun bagi bunga kat kubur arwah. Allah huakabr , nampak muka Ina bhagia sgtt knn,semoga till jannah buat ina dn psangan.. “
” Alhamdulillah nmpk sangat kebahagiaan ina dan suami.. syok dengar cerita.. ina pilih orang yang tepat.. dia hormati ina, faham memori ina dengan SS.. “
Seronok mendengar kisah Ina dan Khairul itu. Betul kata Ina, bukan dia ingin mengimbau kenangan tetapi terlalu banyak persamaan yang mengusik hati. Semoga Ina dan Khairul bahagia selalu bersama anak-anak tersayang dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Silakan SHARE..
Sumber : Tiktok Akak Pelamin
Artikel ini disediakan oleh BERITA KOPAK. Sebarang COPY PASTE dan penggunaan logo Berita Kopak tanpa kebenaran, report untuk c0pyright akan dikenakan..
-
Artis / Selebriti6 days ago” Kalau dapat duit ni, pertama sekali awak nak beli apa ? ” – DS Aliff Syukri
-
Artis / Selebriti4 days ago” Rupanya ramai yang baru tahu. Lama Tokti simpan rahsia ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti6 days ago” Alololo, comelnya muka dia. Ayash version girl ni.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” Adik Shuib ? Bukan Adik Shuib, anak Shuib. Salah.. ” – Makder
-
Artis / Selebriti1 day ago” Muka Didi macam dah terlebih subtitle lepas dengar ayat Bella tu, haha.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti5 days ago” MasyaAllah, cantiknya Thalita. Bibir dia love sangat tengok, smooth and natural je.. ” – Komen Netizen
-
Artis / Selebriti4 days ago” Azeva, pernah tak terfikir mama dan papa back together ? ” – Viewer
-
Artis / Selebriti6 days ago” Ini baru penyanyi dan penghibur. Bukak mulut menyanyi je, orang dah terpukau.. ” – Komen Netizen

